Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerjasama Itu Dapat Realisasikan Matlamat Kedua-Dua Pihak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Yinson GreenTech (YGT), bahagian teknologi hijau Yinson Holdings Berhad akan bekerjasama dengan Dinamikjaya Motors Sdn.Bhd (DJM(  sebagai rakan kongsi pajakan kenderaan elektrik (EV).

DJM merupakan pengedar kenderaan Kia di Malaysia, dan anak syarikat milik 65 peratus Bermaz Auto Berhad.

Menerusi kerjasama itu, model EV yang diedarkan DJM seperti Kia EV6 dan model Kia EV akan disediakan untuk pajakan melalui YGT.

Untuk makluman YGT menawarkan perkhidmatan pemajakan van elektrik, bas, kereta dan motosikal.

Pakej pajakan untuk EV disertakan dengan keahlian percuma sepanjang tempoh pajakan dengan chargeEV iaitu penyedia rangkaian infrastruktur pengecasan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 400 stesen pengecas.


Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Teknologi dan Usaha Niaga Baharu Yinson, Eirik Barclay berkata, DJM merupakan rakan kongsi yang memiliki visi yang sama seperti mana pihaknya.

“Melalui kerjasama ini,kami dapat merealisasikan matlamat untuk memperkasa ekosistem mobiliti dan tenaga yang mampu dimiliki dan diakses orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun, perkhidmatan pajakan EV penuh YGT ini termasuk penyelenggaraan, servis komprehensif, cukai jalan dan pembaharuan insurans, sistem pengurusan pengecasan bateri dan penyelesaian digital.  


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026