Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia Sportage 2023 SX Prestige Hybrid


Dua varian tertinggi SUV kompak, Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada  Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Apa yang menyebabkan model ini tidak mendapat anugerah lebih tinggi?


IIHS telah mengemaskini beberapa ujian pelanggarannya tahun ini untuk memastikan kenderaan lebih selamat di atas jalan. 


Kia Sportage 2023 SX Prestige Hybrid


Bagi mendapat penarafan “baik”  kenderaan perlu melalui enam ujian kemalangan. Ujian pertama ialah ujian pertindihan kecil bahagian depan: bahagian pemandu, ujian pertindihan kecil bahagian depan: bahagian penumpang.  Diikuti dengan ujian pertindihan sederhana depan, sisi: ujian asal, kekukuhan bumbung serta penahan kepala/tempat duduk. 


Kia Sportage 2023 EX Hybrid


Kenderaan perlu mendapat penarafan termaju atau lebih tinggi dalam ujian pencegahan kemalangan hadapan bagi kedua-dua penilaian kenderaan-ke-kenderaan dan kenderaan-ke-pejalan kaki. 


Selain itu, kenderaan perlu mendapatkan markah yang baik bagi ujian lampu hadapan standard. Walaupun Sportage berjaya mendapatkan markah “baik” tertinggi bagi kebanyakan ujian yang ditempuhi, terdapat satu ujian yang membuatkan Kia Sportage ‘jatuh tersungkur’ dan gagal mendapatkan anugerah tertinggi Top Safety Pick Plus.


Bagi ujian kali ini, sepertimana kebanyakan kenderaan lain, Kia Sportage gagal melepasi ujian lampu hadapan. Dalam ujian tersebut, lampu depan Kia mendapat penilaian “boleh diterima” dan “lemah.”


Walau bagaimanapun, dua varian tertinggi, Kia Sportage SX Prestige serta X-Pro Prestige berjaya menerima penarafan lebih baik untuk aspek lampu hadapan kerana kedua-dua lampu tinggi dan lampu rendah hadapan kereta menggunakan projektor LED dan terdapat teknologi bantuan lampu suluh tinggi. 


Sementara, varian lebih rendah yang lain iaitu LX, EX, X-Line, SX, dan X-Pro menerima penarafan “lemah” dalam ujian lampu hadapan kerana lampu tinggi dan rendahnya menggunakan reflektor LED. IIHS menjelaskan bahawa “darjah penglihatan tidak mencukupi dalam keempat-empat ujian” bagi lampu rendah dan tinggi hadapan kereta.


Sumber: Auto Blog, Motor Biscuit


Baca: [FOTO] SUV Elektrik Kia EV9 Kini Sedang Diuji, Bakal Dilancarkan 2023


Baca: Terpukau Aksi Harimau Malaya, Dinamikjaya Motors Taja 3 Unit Kia Carnival

Tag:

Kia
IIHS
Kia Sportage
Kia Sportage 2023
Top Safety Pick
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024
Berita Auto

Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.

25-06-2024
Berita Auto

Kia EV 9, Carnival Diguna Untuk Pindahkan Penumpang Business

Syarikat penerbangan, Batik Air mengumumkan kerjasama dengan Kia, sebentar tadi.

24-06-2024
Pandu Uji

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.

07-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025