Link Copiedcheck_circle
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ibu pejabat Hyundai Motor dan Kia Corp di Seoul, Korea (Foto: Hyundai Motor Group)


Hyundai Motor Co. mungkin akan berhadapan dengan gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, kereta yang mendapat pengiktirafan sebagai Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year), kerana berhadapan dengan masalah cip yang dibekalkan oleh Infineon Technologies, Jerman. 


Infineon telah melaporkan penemuan kerosakan serius pada cip insulated gate bipolar transistor (IGBT) yang dihasilkan antara awal bulan April hingga awal Jun 2022 dan terpaksa membuang kesemua cip tersebut. Infineon merupakan syarikat semikonduktor automotif nombor 1 dunia. 


Teknologi yang memerlukan cip semikonduktor (Sumber: Semiconductor Engineering/McKinsey)


Cip IGBT ialah sejenis peranti semikonduktor kuasa yang dipasangkan pada kenderaan elektrik. Infineon dijadualkan untuk memberikan bekalan cip kepada Hyundai Motor bermula bulan ini namun disebabkan isu yang tidak dijangka ini, gangguan terhadap pengeluaran kereta Hyundai mungkin tidak dapat dielak. 


Insulated-gate bipolar transistor (IGBT) (Foto: Electrical A2Z)


Bagi menangani isu ini, Hyundai sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan cip ini daripada syarikat lain, STMicroelectronics, pengeluar elektronik dan semikonduktor multinasional yang berpangkalan di Plan-les-Ouates berdekatan Geneva, Switzerland. Walau bagaimanapun, pemerhati industri berkata, pengeluar syarikat kereta Korea ini akan berhadapan dengan gangguan pengeluaran yang mustahil dapat dielakkan. 


Hyundai Ioniq 5


Buat masa ini, masa yang diambil untuk pengedar Hyundai Motors menerima model IONIQ 5 mencecah lebih 12 bulan, namun isu bekalan semikonduktor yang terjadi kali ini mungkin akan mengakibatkan masa penghantaran kereta menjadi lebih lama. 


Baca: Hyundai Bakal Hasil Semikonduktor Sendiri

Baca: Hyundai Motor Group Rangkul Lapan Anugerah Red Dot 2022!


Sumber: Business Korea 


Tag:

Hyundai Ioniq 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

10-06-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022
Kereta Baru

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026