Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RM1.8 Bilion Digunakan Untuk Selenggara Jalan Persekutuan Di Seluruh Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, tular satu laporan statistik daripada The Global Economy yang mendedahkan bahawa kualiti jalan di Malaysia berada di kedudukan ke-21 di dunia.

Maka, tidak hairanlah mengapa kualiti jalan raya di negara kita dikira “sempurna” walaupun ada segelintir rakyat yang tidak berpuas hati.

Untuk makluman anda, Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM1.8 bilion untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaran Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia untuk tahun ini.

Dikhabarkan kerja penyenggaraan bagi negeri Pahang adalah sebanyak RM66.08 juta, Johor (RM60.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM23.63 juta).


Memetik laporan Bernama sebagai berkata: projek cadangan menaik taraf jalan di Jalan Persekutuan FT050 dari Ayer Hitam ke Kluang di Seksyen 33.8 hingga ke persimpangan Stadium Kluang di Seksyen 49.1, akan dikemukakan ke peringkat Persekutuan tahun hadapan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,  projek Fasa 3B dengan anggaran nilai RM385.13 juta itu adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan maut sepanjang jajaran tersebut. 

“Ia juga merupakan kesinambungan daripada projek Fasa 3A bernilai RM219 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Oktober 2024,” katanya.

Difahamkan, lokasi berkenaan direkodkan sebagai lokasi kemalangan tertinggi di Malaysia akibat ketiadaan bahu jalan, median dan pusingan U dan sebanyak 52 kemalangan dicatatkan dari tahun 2020 sehingga Jun 2022.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026