- Berita
- Global
- Sadis! Lelaki Gilis Teman Wanita Hingga Maut

Gila! Kerana mengikut perasaan marah, seorang lelaki sanggup menggilis teman wanita dengan keretanya beberapa kali sehingga mati.

Saat sadis wanita digilis kereta yang terakam (Foto: Weibo)
Kejadian tidak masuk akal ini berlaku di Tangshan, Hebei, China, bandar sama yang pernah tular sebelum ini kerasa kes serangan kejam oleh sekumpulan lelaki terhadap wanita pada bulan Jun lepas.
Suspek, Zhang, telah melanggar seorang wanita yang dipercayai sebagai kekasihnya, Wang, dengan memandu kenderaannya di kawasan parkir berhadapan sebuah kolam renang selepas perselisihan faham.

Saksi yang berada di tempat kejadian bergegas cuba menyelamatkan wanita berkenaan, namun dia dilanggar tiga kali lagi oleh kereta terbabit. (Foto: Weibo)
Selepas kejadian terbabit, Zhang melarikan diri daripada lokasi dan Wang pula dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Video yang merakamkan kejadian sadis tersebut tular di internet menunjukkan bagaimana Zhang yang dilihat menaiki sebuah SUV berwarna putih melanggar Wang sehingga terlentang di atas jalan. Orang yang berada di sekitar cuba membawa Wang ke lokasi lebih selamat namun Zhang memecut keretanya untuk melanggar gadis malang tersebut beberapa kali lagi.

Wanita tersebut dikejarkan ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan (Foto: Weibo)
Zhang telah ditangkap oleh pihak polis dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.
Seorang pekerja di kolam renang tersebut memaklumkan kepada media bahawa Wang merupakan salah seorang kakitangan di situ. Sebelum kejadian, Wang sedang bekerja seperti biasa.
Topik tersebut kini sedang hangat di China dan netizen mengkritik keganasan suspek selain mempersoalkan pengurusan pihak berkuasa tempatan ekoran kejadian kejam terhadap wanita yang berulang di lokasi sama.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Walau bergaduh bagaimana sekalipun, keganasan bukanlah cara untuk menyelesaikan masalah. Tak dapat dibayangkan perasaan keluarga wanita yang digilis sehingga mati ini.
Sumber: South China Morning Post
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

