Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Semangat Sungguh, Naik Skuter Kelilingi Satu Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui


FOTO KREDIT: BERITA HARIAN

Menjelang ketibaan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, seorang lelaki memaparkan semangat patriotiknya dengan cara yang cukup luar biasa.

Apa tidaknya,  Halim Hamid, 46,  mengambil keputusan untuk melakukan kembara solo dengan menaiki motosikal skuter jenis Modenas Elegant 150.

Dikhabarkan, Halim akan mengelilingi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia yang melibatkan perjalanan sejauh 3,000 kilometer.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan motosikalnya dihiasi dengan Jalur Gemilang.


FOTO KREDIT: HARIAN METRO

Halim sanggup membelanjakan kira-kira RM1,000 menghias skuternya dengan Jalur Gemilang termasuk kos membaiki motosikalnya.

Lebih menarik, Halim akan mengambil masa selama lapan hari sebelum dijangka menamatkan misi jelajahnya pada 2 September ini.

Difahamkan, ini bukan kali pertama dia melakukan misi itu sebaliknya Halim pernah mencipta rekod tersendiri apabila melakukan perjalanan  sejauh 2,480km kira-kira dua tahun lalu.

Jika Halim melakukan kembara solo, bagaimana pula dengan anda? Kongsikan cara anda untuk menunjukkan semangat patriotik pada tahun ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026