Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[ULASAN FILEM] 'Alive Drift': Filem Aksi Drift Yang Wajib Ditonton Sekali Dalam Seumur Hidup

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Filem edaran Warner Bros. Malaysia, Alive Drift, ialah sebuah filem aksi terbaharu yang bakal ditayangkan bulan ini. CariCarz.com telah diberi peluang untuk menghadiri tayangan pratonton khas filem ini malam tadi (9 Ogos) di TGV Sunway Pyramid, terima kasih kepada Recaro Automotive Malaysia (FB: Recaro Malaysia Official).




Pandangan Kami Tentang Filem Alive Drift (Tiada Spoiler)


Filem ini padat dengan aksi mendebarkan yang dapat memukau sesiapa sahaja, bukan hanya peminat sukan permotoran.




Kepada mereka yang tidak pernah berputus asa mencapai impian.” 


Itulah kata-kata pendek yang dipaparkan di awal treler filem menandakan Ini bukan sebuah filem kosong tanpa makna, tetapi ada sesuatu yang cuba disampaikan. Diarahkan oleh Ten Shimoyama, filem Alive Drift berkisarkan tentang seorang pemuda yang handal dalam perlumbaan maya atau e-sukan, Koichi Oba (dilakonkan oleh Nomura). Cabaran menerjah apabila dia diberikan kepercayaan untuk menyelamatkan pasukan drift yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Kedengaran seperti sebuah filem biasa yang boleh kita jangkakan jalan ceritanya, namun anda silap jika memilih untuk tidak menonton filem ini. Cara penceritaannya cukup menghiburkan dan padat dengan saat yang dapat membuatkan jantung berdegup laju. 

Adegan Perlumbaan Hebat

Sinematografi filem ini terutamanya rakaman saat-saat perlumbaan sangat mengagumkan. Setiap sudut dirakamkan dengan sempurna. Sebagai seorang yang tidak memiliki pengetahuan tentang kerja-kerja kamera, banyak babak yang membangkitkan keterujaan penulis. Apa yang menjadikannya lebih menarik adalah kerana tiada langsung CGI yang digunakan untuk menghasilkan aksi-aksi di dalam filem ini. 


Menambahkan lagi ‘perisa’ adalah adunan bunyinya yang menyempurnakan lagi setiap babak. Pengarah filem terbukti berjaya mengimbangkan bunyi deruman enjin, decitan tayar, dialog dengan muzik latar agar tumpuan penonton ‘terkunci’ pada skrin tayangan. 

Adakah Filem Ini Berbaloi Untuk Ditonton?

Secara keseluruhannya, CariCarz.com berpendapat Alive Drift layak menerima markah tinggi iaitu 8/10, bermaksud ianya sebuah filem yang wajib ditonton. Namun jangan lupa untuk bersedia dengan minuman dan popcorn, filem ini merupakan sebuah filem yang panjang, berdurasi 2 jam. Berbaloi untuk ditonton? Ya, sangat berbaloi!

Teringin menonton Alive Drift? Boleh terjah mana-mana pawagam berdekatan bermula esok (11 Ogos).

Treler Alive Drift

Tag:

filem
ulasan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
[PANDU UJI] Toyota Vios 2023 1.5G – Lebih Baik Dalam Segenap Aspek, Benarkah?

[PANDU UJI] Toyota Vios 2023 1.5G – Lebih Baik Dalam Segenap Aspek, Benarkah?

CariCarz berpeluang untuk memandu uji model terbaharu keluaran Toyota ini ketika sesi pandu uji media yang diadakan di Langkawi minggu lepas.

21-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026