Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Detik Cemas Dirakam: Pemandu Myvi Terbalik Selepas Rempuh Mazda CX-8

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tiga beranak berhadapan dengan detik mendebarkan apabila kereta Mazda CX-8 yang dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi dari belakang kereta semasa melalui Terowong Penchala. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang semalam, Perodua Myvi terbabit terbalik akibat sejurus selepas pelanggaran. Tragedi cemas ini dirakamkan dashcam Mazda CX-8 tersebut. 



Impak pelanggaran kepada Mazda CX-8


“Saya terdengar bunyi sesuatu (dilanggar) dari belakang dan hentaman itu menyebabkan kenderaan kami beralih ke kiri serta menghentam dinding. 


Penumpang kereta Mazda CX-8, Shalwiza Rahmat, 34, berkata, sewaktu kejadian, suaminya, Arif Bashah Kamal, 39, sedang memandu manakala dia dan anak lelaki, Adam Bashah duduk di kerusi penumpang di belakang.


“Ketika kejadian kami berada di laluan tengah manakala, kereta Perodua Myvi pula berada di laluan ketiga dan sangat laju,” katanya ketika dihubungi Kosmo!. 


Myvi terbalik selepas berlanggar


Shalwiza berkata, selepas memastikan anak dan suami selamat, mereka keluar dari kereta untuk mengelakkan kejadian tidak diingini lain daripada berlaku. Pemandu Myvi tersebut walau bagaimanapun, keluar kereta tanpa mengendahkan mereka.


Video daripada Mazda CX-8:


Sumber: YouTube HafizSaufee 



Video pihak penyelamat semasa ke lokasi kejadian:


 

Sumber: YouTube MF CHANNEL


“Dia keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan macam ada lebam pada mata selain tiada calar. Dia langsung tidak memandang ke arah kami.


“Saya jerit ke arahnya dan ia bukan suatu yang membanggakan. Pada saat itu sebagai ibu, saya sangat marah kenapa bawa kereta begitu laju,” dakwanya.


Video sewaktu sisa kemalangan dibersihkan pihak bomba:

@dash_azzra Kemalangan di Penchala Link jam lebih kurang 5 petang.. #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia ♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe - anantavinnie


“Anak saya pula sangat tenang dan tidak menangis cuma dia ada bertanya berulang kali mahu menonton video, tetapi saya maklumkan ia sudah tiada.


“Saya cuma tunjukkan gambar kereta remuk dan dia ada menangis pagi tadi, mungkin trauma sedikit,” katanya.


Sumber: Kosmo!


Tag:

kemalangan
tiktok
viral
tular
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Global

23-09-2022
Berita Auto

17-07-2025
Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

06-02-2025
Berita Auto

15-05-2024
Berita Auto

29-04-2024
Berita Auto

09-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025