Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dentuman Kuat! Penghuni Terkejut Ada Kereta Terjatuh Di Belakang Rumah

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Terkejut terdengar dentuman kuat di belakang rumah, penghuni sebuah rumah di Jalan Melekun, Kapit, tidak menyangka rupanya bunyi tersebut disebabkan oleh sebuah kereta yang terbabas jatuh ke dalam gaung berkedalaman hampir 10 meter. 


Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun itu kemudiannya tersekat di belakang rumah tersebut yang berada di kaki bukit. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 9.04 malam.


Seramai 10 anggota bomba dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit digegaskan ke lokasi kejadian. 


Mangsa yang terlibat dalam kemalangan ditemukan selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah berjaya dikeluarkan oleh penduduk di sekitar. 


"Kejadian itu berlaku apabila kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung.


"Kereta itu kemudiannya tersangkut di belakang rumah penduduk, namun tiada kerosakan teruk berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sumber: Berita Harian 


Baca: Lima Graduan UiTM Terlibat Nahas, Niat Ke Majlis Konvokesyen Tidak Kesampaian


Baca: Tukar Lorong Tiba-Tiba, 1 Maut, 4 Kenderaan Remuk Teruk

Tag:

kemalangan
Perodua Viva
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hanya Semalam, Sebanyak 1,982 Kes Kemalangan Direkod

Sebanyak 1,982 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam.

14-09-2025
Berita Auto

Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.

25-07-2025
Berita Auto

Van Sekolah Kemek, Mujur Semua Murid Terselamat

Seorang pemandu van sekolah wanita tersepit, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam nahas dengan sebuah treler .

07-07-2025
Berita Auto

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

02-07-2025
Berita Auto

Bas Ekspres Kemalangan: Mujur Pelajar UMPSA Terselamat

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan kegagalan pemandu bas mengekalkan jarak selamat ketika memandu.

10-06-2025
Berita Auto

Lori Ikan Rempuh 5 Kereta, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah lori yang membawa muatan ikan merempuh lima kenderaan di Kilometer 341.5 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bidor semalam.

04-06-2025
Berita Auto

Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.

14-05-2025
Berita Auto

Lori FRU Tembung Dengan Lori Batu: 9 Anggota FRU Terkorban

Sembilan anggota FRU maut apabila lori yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu.

13-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025