Link Copiedcheck_circle
EV

DHL, Syarikat Kurier Pertama Di Malaysia Guna Van Elektrik Untuk Hantar Barang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Van elektrik, CAM EC35.

DHL Ekspress mengorak langkah setapak ke hadapan apabila menjadi syarikat logistik pertama di Malaysia yang kini menggunakan van elekrik, CAM EC35.

Dikhabarkan, buat permulaan, pihak syarikat akan menggunakan enam van elektrik untuk melakukan penghantaraan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kesemua van ini akan digunakan selewat-lewatnya pada awal bulan depan.

Naib Presiden Eksekutif, Operasi dan Penerbangan Rangkaian DHL Express Asia Pasifik, Sean Wall berkata, pihaknya akan menambah lebih kurang 55 van lagi pada tahun depan.

Ini bermakna, secara keseluruhan DHL akan mempunyai 61 van di seluruh negara menjelang 2023.

"Seiring usaha ke arah operasi bersih, van penghantaran elektrik mewakili masa depan rangkaian hijau sedunia dan memacu sasaran neutral iklim.

“Menerusi penggunaan CAM EC35, DHL dapat menjimatkan bahan api sebanyak 48 peratus serta pengurangan 33 peratus dalam pelepasan karbon dioksida (CO2) setiap tahun,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan van elektrik untuk perkhidmatan penghantaran DHl Express.


DHL akan menggunakan van elektrik ini untuk melakukan penghantaran  di KL dan Selangor.

Berikut info mengenai van elektrik DHL:

Ruang kargo berkapasiti 4.8 meter persegi 

Boleh membawa muatan sebanyak satu tan

Perlukan lapan jam untuk dicas penuh bagi jarak sehingga 266 kilometer

Tempoh pengecasan boleh dikurangkan kepada 2.5 jam dengan penggunaan pengecasan pantas arus terus (sehingga 40kW)

Ada sistem anti-brek (ABS) 

Agihan kuasa brek elektronik (EBD)

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo berkata, pelaburan DHL Express sentiasa memberi tumpuan untuk mengurangkan jejak karbon syarikat.


JULIAN

"Kemajuan dalam teknologi kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting dan menyumbang kepada misi kami untuk mencapai sifar pelepasan CO2 menjelang 2050.

Pelancaran van elektrik ini adalah satu tunggak dalam perjalanan penyahkarbonan kami dan satu langkah ke hadapan bagi menjayakan logistik bersih," katanya.

Nampaknya, inisiatif hijau itu membentuk sebahagian daripada sasaran sedunia Deutsche Post DHL Group untuk elektrifikasi 60 peratus kenderaan penghantarannya menjelang 2030.

Untuk itu, DHL Express dijangkakan akan memiliki lebih daripada 1,000 kenderaan elektrik di Asia Pasifik menjelang 2024.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026