Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan UMWT Naik Pada Bulan Lepas, Tahniah!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kereta Toyota diminati ramai.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencipta rekod baharu apabila mencatatkan jumlah jualan Toyota untuk bulan lalu sebanyak 8,961 unit, manakala Lexus pula 130 unit.

Ini bermakna, jumlah secara keseluruhan buat Ogos sahaja UMWT mencatatkan jualan sebanyak 9,091 unit.

Angka ini menunjukkan peningkatan jualan kerana pada Julai, ia cuma berjaya menjual sebanyak 6,637 unit.

UMWT turut mendedahkan mengenai jualan tahun 2022 setakat bulan lepas. 


Orang ramai menyerbu pameran Toyota di MAEPS, Serdang.

Sepanjang tempoh itu,  pihak UMWT berjaya menjual sekurang-kurangnya 61,639 unit berbanding  tempoh sama pada tahun 2021, iaitu jualannya cuma mencecah (38,085 unit).’

Jika dikira-kira mengenai jumlah jualan Toyota, nampaknya data menunjukkan terdapat peningkatan jualan sehingga 62 peratus.

“Kami di UMW Toyota Motor bersyukur di atas sokongan para pelanggan dan akan cuba sedaya upaya mempercepatkan pengeluaran bagi memastikan penghantaran segera kepada pemilik kereta baharu,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026