Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi ASX 2023 Bakal Tembusi Pasaran Eropah, Harga Masih Misteri

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mitsubishi ASX dikatakan kembar Renault.

Selepas beberapa bulan teaser diberikan, akhirnya Mitsubishi ASX 2023 generasi baharu ditayangkan untuk pasaran Eropah dalam satu acara yang diadakan secara dalam talian semalam.

Untuk info, ASX generasi kedua ini akan menggantikan model sedia ada yang sudah berada di pasaran sejak 2010. 

Maka, sepanjang tempoh itu, Mitsubishi sempat melancarkan RVR dan Outlander Sport di pasaran tertentu. 

Ia dibangunkan berdasarkan platform Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance CMF-B, iaitu pelantar yang sama digunakan oleh Renault Clio dan Nissan Micra.


Akan berada di pasaran Eropah pada Mac 2023.

Lebih menarik, kenderaan utiliti sukan ini yang dibekalkan oleh Renault dibangunkan secara spesifik untuk pasaran Eropah.

Difahamkan, model ini akan dikilangkan di kilang Renault Valladolid di Sepanyol dan akan berada di bilik pameran Mitsubishi Motors terpilih di Eropah bermula Mac tahun hadapan. 

Berikut ringkasan mengenai ASX (2023) serba baharu:

Ada bentuk siluet yang mengalir dari hadapan hingga belakang.

Garisan siluet yang bercantum dengan visual umpama “bumbung terapung” sekali gus menonjolkan gaya dinamik kenderaan itu. 

Bahagian hadapan ASX menampikan evolusi reka bentuk Dynamic Shield

Jerijinya ada logo ikonik tiga berlian kebesaran Mitsubishi 

Badannya agak ramping

Tiada versi diesel dikeluarkan, sama seperti Captur.


PRESTASI 

ASX generasi baharu menampilkan pelbagai pilihan rangkaian kuasa untuk memadankan keperluan para pelanggan di Eropah.

Untuk itu, barisan ASX didahului dengan model:

Plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin natural aspirasi 1.6 liter, dua motor elektrik, ada kotak gear automatik pelbagai mod dan menggunakan bateri 10.5 kWj. Versi ini mampu menghamburkan kuasa (105kW/143PS)

Model hibrid penuh menggunakan enjin 1.6 liter dengan dua motor elektrik serta vateru 1.3kWj.

Bagi model hibrid ringan pula, ia menggunakan 1.3 liter turbo suntikan terus dengan trasmmisi manual 6-kelajuan atau transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan. Ia menawarkan kuasa 103kW/140PS

Ada juga enjin 1.0 liter pengecas turbo dan transmisi manual 6-kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa 90hp (67kW/91PS)

Jentera ini mempunyai ukuran sepanjang 4,228mm, selebar 1,797mm dan setinggi 1,573mm.

Menjengah bahagian kabinnya, ia memiliki ruang yang cukup luas manakala kerusi belakang boleh direbahkan bagi memberikan keselesaan kepada penumpangnya.


Ada pelbagai infotainmen canggih.

Malah, ASX juga dilengkapi dengan  Smartphone-link Display Audio (SDA) yang telah ditambah baik dan mampu menawarkan lebih banyak ciri ketersambungan.

Sementara itu, sistem Multi-Sense yang dikawal melalui SDA membolehkan pemandu memilih mod  yang paling sesuai dengan pilihan mereka.

Selain itu, ia juga memiliki navigasi 3D,skrin 7 inci dan ada juga skrin yang ditawarkan pada saiz 4.2 inci berdasarkan bajet para pelanggan.

Jentera ini juga digandingkan dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Menyentuh mengenai ruang butnya, ia memiliki ruang sekurang-kurangnya 401 liter.


Ia dibangunkan berdasarkan platform Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance CMF-B.


Dari segi keselamatan pula, bagi varian tertinggi ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu lanjutan seperti teknologi bantuan pemandu satu lorong MI-PILOT untuk lebuh raya.

Ia turut dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dan Bantuan Lorong Berpusat (LCA) dimana ia sekurangn-kurangnya menyokong pemanduan selamat.

Sebaliknya, jualan  Mitsubishi ASX 2023 ini hanya akan bermula pada Mac 2023 di Jerman termasuk beberapa pasaran Eropah lain.

Dikhabarkan, pihak syarikat tidak mempunyai sebarang rancangan  untuk menjual kereta itu di United Kingdom. 

Harga jentera ini akan dimaklumkan kelak.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026