- Berita
- Berita Auto
- Perhatian! Kenderaan Persendirian Tidak Boleh Pasang Lampu Mata Arah Kecuali...
Perhatian! Kenderaan Persendirian Tidak Boleh Pasang Lampu Mata Arah Kecuali...

Sebuah MPV ditahan polis gara-gara menggunakan lampu mata arah.
Awas! Jangan pandai-pandai pasang lampu mata arah pada kenderaan anda!
Ini kerana anda boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi (6) bulan.
Terbaharu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia menahan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire di kawasan industri Batu Caves.
Pemandunya dikatakan menggunakan lampu arah berwarna biru yang dipasang di bahagian cermin hadapan di atas papan pemuka.

Apa itu lampu arah? Baca infografik ini.
Tahukah anda, lampu mata arah ini hanya boleh digunakan ke atas kenderaan polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Kenderaan ini sahaja yang dibenarkan mendapat hak laluan selain membunyikan siren loceng atau hon dua nada.
Selain kenderaan ini, mana-mana orang awam TIDAK dibenarkan menggunakan lampu berkenaan.
Lazimnya, PDRM berkata, orang awam menggunakan lampu itu supaya mahu diberi laluan dan tidak ketinggalan juga ada yang mahu berlagak seperti pegawai penguatkuasa
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
