Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Terima Tempahan Alza Tanpa Henti, Bulan Ogos 42% Lebih Tinggi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua Alza 2022 ketika hari pelancaran


Nampaknya, permintaan untuk mendapatkan kereta baharu masih tidak berkurang walaupun pengecualian cukai jualan SST telah ditamatkan. Buktinya, Perodua mengumumkan bahawa jumlah tempahan bagi Perodua Alza 2022 untuk bulan Ogos ialah 26,039 unit, peningkatan sebanyak 42% berbanding bulan Julai.  


Secara keseluruhannya, Alza keluaran terbaharu daripada Perodua ini telah mendapat tempahan berjumlah 51,000 unit dan telah mendaftarkan sebanyak 7,682 unit (15% daripada kesemua jumlah tempahan) pada bulan Julai dan Ogos. 



Sudut hadapan Perodua Alza 2022


Untuk makluman, tempahan Perodua Alza 2022 yang dilancarkan pada 20 Julai lalu telah dibuka lebih awal daripada tarikh pelancarannya, dan berjaya mengumpulkan sejumlah 39,000 tempahan ketika itu.



Bahagian sisi Perodua Alza 2022


Mengenai kapasiti pengeluarannya yang terkini, Perodua dapat mengeluarkan sebanyak 3,500 unit Alza sebulan, jumlah ini telah pun melebihi sasaran asalnya iaitu 3,000 unit sebulan. Bagi memenuhi permintaan orang ramai, syarikat sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya terutama sekali bagi Alza


Ruang kabin Perodua Alza 2022


Jumlah tempahan syarikat itu sehingga kini bagi kesemua model terlaris Perodua termasuk Bezza, Myvi dan Axia ialah kira-kira 250,000 unit.


Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya


Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik


Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?


Baca: Review & Pandu Uji Perodua Alza 2022 | MPV mampu milik dengan teknologi terkini!


Baca: Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi


Tag:

Perodua
Perodua Alza
PERODUA ALZA 2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.

25-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026