Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor, Guna Enjin 3.0L, V6 Petrol, Harga Pun OK

Suhana Veru

Kongsi melalui


Penantian peminat Ford Ranger Raptor nampaknya sudah berakhir apabila pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion melancarkan Ranger Raptor generasi baharu yang ditunggu-tunggu dalam sebuah acara meriah pagi tadi.

Ia yang ditawarkan dari harga RM259,888 itu dilancarkan di sebuah litar “dirt” khusus di Litar Antarabangsa Sepang.


Apa yang anda perlu tahu ialah ia boleh menggunakan Ranger Raptor generasi baharu hampir dua kali lebih pantas berbanding model sebelumnya.

Malah, ia boleh tetap bergerak walaupun menggunakan RON95.

Pengarah Urusan, Pasaran Pengedar Ford Asia Pasifik, DJ Simpson berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan terhadap prestasi sebenar menerusi jentera ini dimana pelanggan boleh menikmatinya terus tanpa sebarang modifikasi.

“Ia agak pantas, tampil lebih menarik dan padat dengan ciri baharu dengan kemampuan ekstrim yang tidak ditawarkan sebelum ini,” katanya.

Seperti mana model Ranger lain, ia juga dibangunkan oleh Ford Australia dan dipasang di Thailand untuk pasaran global.


Berikut adalah perincian Ford Ranger Raptor:

Guna enjin 3.0L V6 dengan turbo berkembar, 10-kelajuan automatik

397hp@583 Nm

7 mod pemanduan: Normal, Sport, Slippery, Rock, Sands, Mud/Ruts, Baja

Rekaan blok silinder graphite-iron kompak, 75% lebih kuat dan sehingga 75% lebih keras berbanding logam biasa

Didatangkan dengan sistem anti-lag perlumbaan (hanya dalam mod Baja), yang membiarkan pengecas turbo berpusing sehingga tiga saat. Ini membolehkan sambungan pecutan yang lebih cepat untuk keluar selekoh atau ketika peralihan gear sebelum pemandu kembali menekan pendikit


LUARAN:

Rim aloi 17-inci yang menggunakan tayar BFGoodrich ® All-Terrain KO2 ® 

bampar belakang dengan sudut yang menunjukkan jarak kelegaan tanah 265 mm 

Lampu LED, scuff plates Ford Performance

Pemijak sisi aluminum yang baru 

DNA rekaan Ford global terserlah dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED bentuk C

Lampu hadapan Matrix LED dengan lampu belokan dinamik, lampu tinggi anti-silau 


KABIN

12.4-inci TFT 

Skrin sentuh 12-inci di tengah yang menempatkan sistem infotainmen Ford SYNC ® 4A 

Ada Apple CarPlay dan Android Auto

Sistem bunyi Bang & Olufsen ® dengan lapan pembesar suara. 

Empat slot pengecas USB, pengecas tanpa wayar Qi

Kamera 360 darjah

Kerusi balutan kulit dengan rekaan dari ilham jet pejuang

Kerusi pemandu menerima larasan 10 arah kuasa elektrik

Kerusi penumpang dengan larasan 10-arah manual


CIRI-CIRI KESELAMATAN

Kawalan Jelajah adaptif dengan Stop/Go

Bantuan ke tengah lorong

Lampu isyarat berhenti kecemasan

Sistem maklumat titik buta (BLIS) 

Bantuan lampu tinggi

Bantuan brek undur

Bantuan stereng mengelak 

Amaran lintasan trafik di belakang.

7 beg udara 

CASIS

Peredam hentak jenis Fox 2-5 inci, ada ciri Bottom-Out Control

Diisi dengan minyak yang diberikan lapisan Teflon bagi mengurangkan pergeseran sebanyak hampir 50% berbanding Raptor sebelum ini. 

Suspensi Ranger Raptor generasi baharu telah direka semula. Lengan kawalan atas dan bawah diperbuat daripada aluminium ringan tetapi lebih kuat, jarak gerak suspensi yang lebih panjang di depan dan belakang serta sambungan Watt yang diperhalus di belakang membolehkan lebih kawalan dalam pelbagai permukaan ekstrim dalam kelajuan tinggi.

Pilar-C, ruang kargo dan tayar ganti diperkuatkan

Kawalan semua permukaan

Ada 4 tetapan — 2WD, 4WD Auto, 4WD High dan 4WD Low

Enjin V6 turbo berkembarnya datang dengan sistem ekzos aktif yang khusus  untuk meningkatkan prestasi enjin, menukar bunyi enjin

Untuk makluman anda, Ford Ranger Raptor generasi baharu ini dijual pada harga RM259,888.00 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan pendaftaran, bagi Semenanjung Malaysia) dan RM263,888.00 (atas jalan, tidak termasuk insurans dan pendaftaran, bagi Malaysia Timur).

Ia hadir dengan pilihan warna Code Orange, Absolute Black, Arctic White, Conquer Grey, Lightning Blue.

Ia juga hadir  dengan jaminan pengeluar lima-tahun, atau 160,000 km, yang mana dulu. 

Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan tempoh jaminan dengan penawaran perlindungan melalui PremiumCare.

Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.

Tag:

Sime Darby Auto Connexion
SDAC
2022 Ford Ranger
Ford Ranger Raptor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion Merangkul Anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards!

Jaguar Land Rover Malaysia telah berjaya merangkul anugerah Jaguar Land Rover Retailer Awards 2020/21.

11-06-2021
Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Kereta Baru

Ford Ranger XLT Plus Special Edition Dilancarkan – 300 Unit, RM143,888, Baucar Minyak RM3K Untuk 20 Terawal

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford hari ini telah memperkenalkan model edisi khas, Ford Ranger XLT Plus Special Edition. Ini yang berbeza...

25-09-2024
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Berita Auto

Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” untuk orang ramai yang ingin membeli kenderaan pra-milik dengan jiwa tenang.

06-03-2024
Berita Auto

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan aktiviti Ford Ranger Getaways eksklusif untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu.

09-04-2023
Pandu Uji

Ford Ranger XLT Plus, Padat Dengan Ciri Keselamatan, Tak Sia-Sia Beli

Baca komen kami mengenai Ford Ranger XLT Plus.

15-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025
Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025