- Berita
- EV
- Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK
Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.
CIRI TEKNIKAL IONIQ 6 FIRST EDITION
Ioniq 6 merupakan model kedua yang dibina berlandaskan platform E-GMP. Varian yang didedahkan kali ini, First Edition, menggunakan bateri 77.4 kWh yang mana kuasa disalurkan kepada kesemua roda dengan output 321 hp/605 Nm.
Menurut Hyundai, model ini dapat mencapai jarak perjalaan sehingga 320 batu (514.99 km) yang dibantu oleh pekali seret (drag coefficient) serendah 0.21 kerana rekaannya yang rendah di bahagian hadapan, kepak udara aktif sudut hadapan dan juga kerana adanya pengurang jurang roda.
GAYA LUARAN IONIQ 6 FIRST EDITION
Antara ciri luaran Ioniq 6 First Edition adalah penggunaan roda bersaiz 20 inci dalam kemasan hitam matte yang kelihatan menyerlah. Sementara itu, di sudut hadapan, belakang dan sisi pula terdapat kemasan berwarna hitam berkilat, termasuklah pada perumah cermin sisi, ini menonjolkan lagi ciri elegan kereta.
Ioniq 6 juga merupakan model Hyundai pertama yang hadir dengan logo H rekaan baharu dalam kemasan aluminium hitam bagi varian First Edition.
Terdapat empat pilihan warna ditawarkan untuk badan kereta iaitu:
Biophilic Blue Pearl
Serenity White Pearl
Nocturne Grey Metallic
Gravity Gold Matte
KABIN IONIQ 6 FIRST EDITION
Bergerak ke bahagian dalam, secara keseluruhannya, varian ini menggunakan tema hitam. Sementara itu, tempat duduknya pula menggunakan fabrik Grey Tartan (kelabu Tartan) yang diinspirasikan daripada kereta konsep EV Prophecy.
HARGA IONIQ 6 FIRST EDITION
Ioniq 6 First Edition ditawarkan pada harga £54,995 (RM300,096). Khabarnya, ia akan turut ditawarkan dalam dua lagi varian lain iaitu Premium dan Ultimate. Harga dan spesifikasi kedua-dua varian ini bakal diumumkan tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!
Baca: Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Dilancarkan! Harga Dari RM179K
Baca: [FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv