Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lakaran Hotel Hyundai (Foto: Hyundai)


Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel di Essex, England, yang dilengkapi kabin mewah, panggung wayang peribadi dan juga restoran. Yang menariknya, hotel ini akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!


Konsep Yang Sememangnya Unik


Hotel dengan konsep lain daripada yang lain ini dikuasakan sepenuhnya oleh EV Hyundai Ioniq 5 melalui teknologi vehicle-to-load (V2L). EV tersebut akan menyalurkan tenaga kepada peralatan elektrik seperti lampu, poin pengecasan, pemanas air, pancuran mandian dan sebagainya. 


EV Hyundai Ioniq 5


Pengurus Hotel Hyundai, Grace Dent berkata, “Saya berharap hotel pop-up ini akan menjadi permulaan bagi konsep [baharu] di mana kereta menyalurkan kuasa untuk memberikan pengalaman mewah seperti ini. Saya menjangkakan tetamu akan berharap agar hotel berkonsep seperti ini akan ditawarkan lagi pada tahun 2023.”


EV yang digunakan mampu membekalkan kuasa AC kepada peralatan yang memiliki penggunaan tenaga maksimum 3.6 kW. Adaptor yang disediakan di dalam kereta membolehkan peralatan elektrik domestik disambungkan pada EV. 


Hyundai Ioniq 5 hadir dengan teknologi vehicle-to-load (V2L) yang membolehkannya mengecas peranti lain


Pengarah urusan Hyundai Motor UK, Ashley Andrew berkata, “Keseluruhan pengalaman ini dapat menjadi demonstrasi yang membuktikan betapa praktikalnya teknologi baharu ini, kami harap konsep ini akan memberi inspirasi kepada ramai orang untuk [mengamalkan gaya hidup] off-grid.”


Hotel Hyundai akan dibuka selama 14 malam dari 19 Oktober hingga 5 November 2022.


Video menarik daripada Hyundai, menunjukkan ketahanan bateri IONIQ 5 | 5 Min Challenge:



Tag:

Hyundai Ioniq 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...

08-08-2022
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

10-06-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022
Kereta Baru

Ada Tiga Varian: Max, Lite, Plus

HSDM melancarkan EV terbaharunya, IONIQ 5 di Bangsar Shopping Centre, pagi tadi.

09-03-2022

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV