- Berita
- Berita Auto
- Kereta F1 Ferrari Michael Schumacher Dilelong, Bakal Jadi Antara Kereta F1 Termahal Dunia!
Kereta F1 Ferrari Michael Schumacher Dilelong, Bakal Jadi Antara Kereta F1 Termahal Dunia!
Kereta F1, F2003-GA ini digunakan Schumacher semasa memburu kejuaraan dunia pada tahun 2003
Tiga buah kereta F1 Ferrari yang pernah digunakan pelumba terkenal dunia, Michael Schumacher, sebelum ini merupakan antara empat kereta F1 yang termahal pernah dilelong dengan harga antara £5.2 juta (RM27.5 juta) sehingga £6.2 juta (RM32.8 juta)!
Shcumacher mencipta sejarah dengan model ini apabila memenangi lima perlumbaan semasa kejuaraan dunia 2003
Terkini, sebuah lagi kereta F1 akan dilelong dalam satu acara lelongan yang akan diadakan pada 9 November ini di Switzerland di bawah seliaan Sotheby. Model tersebut dikatakan bakal menjadi kereta F1 dengan harga lelongan yang juga antara yang termahal di dunia! Khabarnya, kereta tersebut akan dilelong pada harga yang mencecah puluhan juta.
F1 model F2003-GA (GA - akronim kepada nama mendiang bos Fiat, Gianni Agnelli, bagi memperingati beliau), pernah digunakan Schumacher dan memenangi lima perlumbaan semasa mengejar kejuaraan dunia pada tahun 2003.
Michael Schumacher kini tinggal bersama keluarganya di Switzerland setelah terlibat dalam kemalangan ski yang menyebabkannya koma sembilan tahun lalu. Situasinya masih tidak didedahkan kepada umum sehingga kini.
Baca: Perginya Jurutera Hebat Ferrari, Nicola Materazzi, Bapa F40, Di Usia 83 Tahun
Baca: Koleksi Shell Motorsport Kini Di Malaysia! Hanya Bayar RM30?
Baca: Ferrari SP51: Model One-Off Direka Berdasarkan 812 GTS
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv