Link Copiedcheck_circle
EV

Kerjasama Syarikat Malaysia, EPMB & Syarikat AS, SGI, Hasil EV Pada Harga Marhaen

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SAEAN Group, John Lee menandatangani MoA untuk bekerjasama membangunkan EV


EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan SAEAN Group Inc (SGI) dari California semalam untuk bekerjasama dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) segmen A atau kenderaan utiliti sukan kecil.


Kerjasama ini akan menyaksikan syarikat SAEAN menghulurkan kepakaran teknikal dan reka bentuk dalam penghasilan EV yang dibangunkan bersama, sementara itu, EPMB pula akan memberikan sokongan sumber dan maklumat pasaran yang penting dalam pembangunan EV selain turut terlibat secara aktif untuk pengeluaran besar-besaran, bekalan dan jualan.




Kedua-dua syarikat menetapkan kapasiti pengeluaran awal sebanyak 20,000 unit setahun untuk pasaran Asia Tenggara. Pakatan strategik ini juga bakal memperlihatkan pengeluaran kenderaan elektrik kegunaan berat untuk sektor pembinaan.


SAEAN merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 yang kini sudah memiliki lebih 120 paten berkaitan EV dengan Pusat Penyelidikan dan Pembangunannya yang terletak di Korea Selatan.


MENAWARKAN EV PADA HARGA BERPATUTAN 


Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad, Hamidon Abdullah berkata, “Kami bersedia untuk menjadi salah satu pengeluar kereta EV tempatan pertama di Malaysia sebaik sahaja usaha sama dengan SAEAN ini dilaksanakan,” ujarnya.



Tambah beliau, “Kami menyasarkan melalui kerjasama ini, kami boleh menggunakan lebih banyak sumber tempatan untuk menyokong pemasangan kenderaan tempatan kami. Semoga penjimatan itu dapat diterjemahkan kepada kos kemasukan dan pengendalian yang lebih murah.


“Memandangkan kepakaran SAEAN yang mantap dalam pembangunan konsep EV dan teknologi perkakasan, kami juga yakin bahawa kami boleh mempercepatkan pelancaran komersial dalam beberapa tahun akan datang. Pada masa yang sama, EPMB akan berusaha untuk mencapai pemindahan pengetahuan teknikal untuk manfaat rakyat Malaysia dalam landskap EV,” jelasnya. 


Tag:

Kenderaan Elektrik
EPMB
MoA
SAEAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-01-2024
EV

29-12-2022
EV

18-10-2022
EV

12-10-2022
EV

04-10-2022

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025