- Berita
- EV
- Lexus Paparkan Kereta Konsep SUV Elektrik, LF-Z Electrified Concept, Padat Dengan Kecanggihan!
Lexus Paparkan Kereta Konsep SUV Elektrik, LF-Z Electrified Concept, Padat Dengan Kecanggihan!

Lexus telah memperkenalkan LF-Z Electrified Concept semasa 2022 Vietnam Auto Show baru-baru ini. Ini merupakan model keluaran Lexus pertama yang dibina berlandaskan platform elektrik penuh syarikat jenama mewah Jepun tersebut. Kereta konsep yang dipamerkan ini adalah previu kepada SUV elektrik generasi baharu yang akan dikeluarkan syarikat pada masa akan datang.
FILEM PENDEDAHAN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT

LF-Z Electrified Concept dikatakan dapat mencapai jarak perjalanan sejauh 600 km dengan cas penuh dan boleh melakukan pecutan mencapai 100 km/j dalam masa hanya 3 saat.


Seperti yang kita boleh jangkakan daripada sebuah kereta elektrik mewah, model ini padat dengan pelbagai teknologi pemanduan canggih seperti yang berikut:
Sistem pacuan semua roda Direct4, yang telah diuji di trek mini-Nurburgring Shimoyama. Teknologi ini telah direka agar dapat mengekalkan tahap kestabilan yang tinggi semasa melakukan pecutan dan sewaktu di selekoh.
Teknologi steer-by-wire membolehkan kereta dikawal mudah dengan pusingan stereng yang minimum, sekaligus meningkatkan ketepatan kawalan.
REKA BENTUK LUARAN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT



Dari luar, terserlah reka bentuk yang sesuai dengan teknologi canggih yang ditampilkan, begitu moden dan futuristik.
KABIN LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT


Menurut Lexus, syarikat mengetengahkan konsep kokpit Tazuna, perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘tali yang digunakan untuk mengawal kuda.’ Dalam konteks rekaan model ini, setiap elemen di dalam kabin dihasilkan dengan penuh teliti agar dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemandu.
Kokpit mesra pemandu ini dilengkapkan dengan skrin yang berbentuk dan berwarna seperti ‘rama-rama hitam’
Dihasilkan berdasarkan kajian terkini dalam terapi cahaya, Lexus menyempurnakan atmosfera di dalam kabin dengan pencahayaan ambien yang boleh diubah mengikut mood penumpang/pemandu.
Selain itu, dari segi hiburan, model ini menggunakan sistem audio Mark Levinson. Sistem terkini yang akan memberikan kualiti audio terbaik kepada setiap penumpang kereta.
LAIN-LAIN


LF-Z Electrified Concept dilengkapkan dengan pelbagai lagi teknologi lain seperti:
Kecerdasan buatan (AI): Teknologi AI yang digunakan boleh mencadangkan laluan terbaik, selain boleh membantu dalam kawalan rumah pintar (smart home)
Lexus Teammate: Teknologi pemanduan autonomi terkini Lexus
Bumbung elektrokromik: Bumbung panoramik diperbuat daripada kaca kawalan cahaya (light-controlling glass).
Kunci digital: Pintu kereta boleh dibuka/ditutup menggunakan telefon pintar
E-Latch: Pintu boleh dibuka dengan sentuhan butang
PERANCANGAN MASA DEPAN KERETA ELEKTRIK LEXUS
Lexus merancang untuk menawarkan varian EV bagi kesemua modelnya menjelang tahun 2025 dan seterusnya menjadi jenama pengeluar EV sepenuhnya menjelang 2035.
VIDEO PENDEDAHAN TERPERINCI LF-Z ELECTRIFIED CONCEPT
Apa pendapat anda tentang kereta konsep terbaharu daripada Lexus ini?
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Pengganti Lexus LFA Ialah EV Dengan Transmisi Manual? Pendedahan Dari Bos Lexus
Baca: Lexus RX Hadir Dengan Trenkuasa PHEV, Turbo Hibrid
Baca: [KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv