Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Tawar Jaminan Lanjutan 1 Tahun Untuk Kereta Pra-Milik PCPO

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Demi ketenangan fikiran pembeli kenderaan di bawah program Pra-Milik Bertauliah PROTON (PCPO), Proton mengumumkan bahawa semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak menerima jaminan lanjutan selama satu tahun.


Di bawah program yang ditaja jamin oleh Allianz General Insurance ini, pelanggan boleh mendapatkan servis baik pulih atau alat ganti untuk bahagian enjin atau transmisi kereta yang rosak bagi had perjalanan sehingga 25,000 km atau 12 bulan. 


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, Roslan Abdullah berkata, ““PROTON ingin mengalu-alukan Allianz sebagai rakan kongsi insurans dalam usaha kami untuk memberikan  jaminan tambahan kepada pelanggan. Dengan jaminan lanjutan, pemilik kenderaan PCPO dilindungi daripada  kos yang tidak dijangka akibat kegagalan mekanikal untuk bahagian enjin dan transmisi.”




Tambahnya lagi, pemilik kenderaan PCPO kini tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membaiki sebarang kerosakan pada bahagian enjin atau transmisi dalam tempoh setahun. 


Sejak penubuhannya pada 2019, kini terdapat 36 cawangan yang menjual kenderaan PCPO di seluruh negara. Demi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selaras dengan paras yang ditetapkan Proton, syarikat telah memperkenalkan prosedur operasi dan memberikan latihan kepada pemeriksa kereta terpakai.


“Dengan jumlah jualan PROTON yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat  peningkatan yang sama dalam transaksi jual beli atau tukar beli. Oleh itu, dengan mengutamakan kepuasan  pelanggan, kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami untuk memastikan pemilikan kenderaan PCPO  adalah pengalaman yang memuaskan dan setanding dengan jenama lain,” tambah Roslan Abdullah. 




Semua kenderaan yang dijual di bawah program ini akan diteliti secara menyeluruh membabitkan 201 bahagian serta dijamin bebas daripada kerosakan banjir atau kemalangan besar. 


Selain jaminan lanjutan selama setahun bagi kerosakan enjin dan transmisi, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan servis asas percuma selepas 6 bulan dari tarikh pembelian kenderaan.


Untuk melihat stok kenderaan PCPO yang ditawarkan, anda boleh layari http://used-cars.proton/com


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia


Baca: Tahniah PROTON, Catat Jualan 100,000 Unit Untuk Empat Tahun Berturut-Turut


Baca: Subsidi RM5,000 Hanya Untuk Tukar Kereta Baharu


Tag:

#proton
Proton Malaysia
PCPO
kenderaan pra-milik
pra-milik bertauliah proton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026