Link Copiedcheck_circle
EV

Abarth Akan Dilancar Pada 22 November, Harga Tidak Didedahkan Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar kereta Stellantis akan menayangkan secara rasmi model hot  hatch berkuasa elektrik, Abarth 500 pada 22 November ini.

Ini menandakan buat julung kalinya,  Abarth menggunakan kuasa elektrik selepas 15 tahun.

Buat masa ini, tidak begitu banyak info diketahui namun beberapa imej teaser sudah pun tersebar luas di media sosial.

Ia memaparkan model EV itu hadir dengan rim silver, ada logo kala jengking berwarna kuning di tengah-tengah rim dan warna jentera berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiat, Olivier François berkata, keseluruhan reka bentuknya  adalah lebih kurang sama dengan imej teaser.

Selain itu, ia hadir dengan bampar hadapan yang diperbaharui dengan gril honeycomb dimana ia kelihatan lebih agresif, sambungan sill di bahagian sisi, bampar belakang pula hadir dengan diffuser dan spoiler belakang pula agak besar.

Dari segi prestasi, ia dilengkapi dengan  bateri 42-kWj dimana ia mampu menghamburkan kuasa 118hp. Ia  mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam(km/j)  hanya dalam 9 saat.

Sementara itu, kelajuan maksimumnya boleh mencecah sehingga  150 km/j dan mampu melakukan jarak pemanduan sejauh 320 kilometer.

Ia yang seberat 1,400 kilogram turut  dilengkapi dengan persediaan casis yang lebih fokus kepada suspensinya, brek yang lebih kuat dan sterengnya sudah diubah suai.

Dikatakan dengan kelahiran Abarth 500 ini,  jenama itu sudah tidak lagi mengeluarkan model yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Ada juga yang mengatakan kenderaan elektrik sepenuh Abarth akan dilancarkan selewat-lewatnya pada tahun 2025 .

Tag:

Abarth
Abarth New 500
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026