Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi Perdana Menteri Malaysia, Harap Kotakan Janji Dalam Manifesto

Suhana Veru

Kongsi melalui


Walaupun berita ini tiada kena-mengena dengan dunia automotif, namun menyentuh mengenai kemelut politik tanah air, nampaknya ia sudah berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Di sebalik pelantikan ini, semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya untuk menyemak semua perjanjian konsesi lebuh raya di negara ini bagi mendapatkan harga terbaik.

Untuk info, tawaran semakan tol pernah menjadi tawaran PH ketika PRU14 pada 2018, yang sebelum ini menyaksikan kadar tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 diturunkan sebanyak 18 peratus.


"Kami berazam untuk terus mengurangkan tol PLUS secara beransur-ansur dengan matlamat utama untuk menghapuskan tol dan mengembalikan lebuh raya PLUS kepada pemilikan awam," katanya Anwar ketika berkempen.


Berikut adalah Manifesto Pakatan Harapan:

  1. Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.
  2. Kurangkan tol di PLUS.
  3. Had tambang RM5 sehari bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
  4. Membenarkan penggunaan kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-basikal bagi menyediakan ‘first and last mile connection’ (menggunakan pengangkutan awam dari awal hingga ke akhir perjalanan)
  5. Pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya beroperasi di Lembah Klang.
  6. Waktu menunggu mana-mana pengangkutan awam tidak lebih 10 minit.
  7. Memperluaskan lagi kaedah pembayaran pengangkutan dengan memperkenalkan bayaran  kad debit dan e-wallet (bukan hanya dengan kad Touch n Go seperti sekarang).

Tag:

pakatanharapan
PM10
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Boleh Ke Tol Dimansuh?

Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya bersedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

01-11-2022
Berita Auto

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10, Ini Info Kereta PM

Tular beberapa gambar mengenai kereta yang dinaiki Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba di Istana Negara, semalam.

25-11-2022
Berita Auto

Anwar Tiba Di Istana Negara Untuk Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Ke-10

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pintu 1, Istana Negara dengan menaiki BMW 7 Series, 4.32 petang tadi.

24-11-2022
Berita Auto

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah 5 Petang Ini!

Timbul tanda tanya adakah DSAI akan menaiki kereta antiknya, Volkswagen Beetle untuk majlis angkat sumpah nanti?

24-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026