- Berita
- Berita Auto
- Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah 5 Petang Ini!
Di sebalik pengumuman pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri ke-10, tahukah anda figura ini memiliki sebuah kereta antik, Volkswagen Beetle.
Kereta itu pernah tular di Facebook dua tahun lalu apabila beliau dilihat memandu Beetle tersebut untuk ke pasar.
Namun apa yang menjadi persoalan adakah Ahli Parlimen Tambun itu akan menaiki kereta klasiknya untuk menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada pukul 5 petang nanti?
Teruskan bersama Caricarz untuk mengetahui perkembangan lanjut..
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/