- Berita
- Tips
- Apa Fungsi Garisan Chevron?
Benarkah masih ramai yang tidak tahu mengenai betapa bahayanya jika melintasi garisan Chevron?
Untuk makluman anda, antara fungsi utamanya adalah untuk memastikan aliran trafik tidak terganggu.
Lazimnya, anda akan menemui garisan ini sebelum dan selepas flyover.
Berkongsi pengalaman penulis sendiri, saya pernah ditahan polis trafik gara-gara memandu di atas garisan Chevron.
Ini kerana ia merupakan satu kesalahan kerana cuba memotong barisan ketika aliran trafik perlahan.
Bukan sengaja sebaliknya saya memang tidak tahu-menahu mengenai fungsi garisan Chevron ketika itu.
Atas budi bicara polis trafik, saya bernasib baik kerana dilepaskan daripada dikenakan sebarang tindakan.
Selain penulis rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu tentang maksud garisan ini.
Terbaharu, seorang penunggang motosikal dirakam tergolek di atas jalan raya gara-gara melalui garisan Chevron.
Anak panah menunjukkan garisan Chevron.
Klip video yang tersebar itu mendorong Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia(PDRM) tampil untuk berkongsi beberapa tips mengenai garisan itu.
Tips daripada JSPT.
Berikut adalah fungsi garisan Chevron:
• Salah satu tanda pada permukaan turapan jalan untuk memberi panduan, amaran dan maklumat kepada pengguna jalan raya untuk tidak memasuki lorong lain secara sesuka hati.
• Mengawal dan memastikan aliran trafik berjalan lancar.
• Sebagai tempat untuk menolak kereta yang rosak .
• Garisan ni dibuat supaya aliran trafik tidak terjejas jika ada kereta yang rosak.
Menurut JSPT, penunggang motosikal yang menunggang di garisan putih jalan raya boleh menyebabkan motosikal mereka tergelincir dan hilang kawalan.
“Untuk itu, elakkan dari berada di atas garisan putih jalan terutama ketika jalan basah. Pastikan tayar motosikal tidak botak kerana ia akan menyebabkan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa,” tulisnya di akaun Facebook.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari