Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diskaun Hingga 72%! Jom Beli Alat Ganti Ford Di SpareXHub

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Tahukah anda betapa pentingnya untuk menggunakan alat ganti yang tulen pada kenderaan yang kita gunakan? Ini kerana, alat ganti tersebut dihasilkan oleh pengeluar yang sama dengan standard yang sama atau yang terbaik untuk kenderaan. 


Namun begitu, mencari alat ganti yang tulen ini bukanlah mudah, terutamanya bagi model-model lama dan harganya juga lebih mahal. Tetapi kini masalah untuk mencari alat ganti tulen yang murah selesai dengan adanya platform e-dagang, SpareXHub!




SpareXHub telah memperbaharui kerjasama dengan Sime Darby Auto Connexion dan akan menawarkan diskaun hebat untuk alat ganti bagi pelbagai model keluaran Ford seperti Mustang, Ranger, Courier, EcoSport, Escape, S-Max/Galaxy, Everest, Transit, Fiesta, Focus, Kuga dan Mondeo, umum syarikat tersebut dalam satu kenyataan semalam.


Alat ganti yang disediakan bukan sahaja untuk model-model baharu tetapi juga sehingga yang berusia 25 tahun!


SpareXHub dan Sime Darby Auto Connexion turut memperkenalkan diskaun pelbagai peringkat (multi-tiered), menawarkan pemilik kenderaan, bengkel bebas dan stokis diskaun alat ganti tulen sehingga 72%.




“Melangkah ke fasa kedua perkongsian ini, dengan yakin kami boleh mengatakan bahawa kami berjaya mencapai bilangan pelanggan Ford yang kian meningkat. Pada Fasa 1, SpareXHub berjaya memenuhi tempahan untuk 413 alat ganti tulen Ford bernilai lebih RM182,000.


"Jumlahnya mungkin kecil tetapi selagi ia memberi nilai kepada pemilik Ford, itulah yang penting kepada mana-mana jenama,” kata pengasas bersama SpareXHub Devindran Ramanathan.


Selain Ford, SpareXHub turut menawarkan komponen bagi pelbagai lagi jenama lain seperti BMW, Mini, Bentley, Porsche, Ford, Nissan, Land Rover, Jaguar dan Volkswagen.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web SpareXHub di sparexhub.com.


ARTIKEL BERKAITAN:

Baca: Varian XL Single Cab Sesuai Diguna Untuk Kerja-Kerja Lasak, Harga Pun Boleh Tahan!

Baca: Macam-Macam! Peniaga Ini Jual Ford Raptor PRU-15, Netizen Nak Buat Koleksi!

Baca: Ford Ranger Raptor, Guna Enjin 3.0L, V6 Petrol, Harga Pun OK

Tag:

Ford
alat ganti
diskaun
spacexhub
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026