Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gara-Gara Nahas Jalan Berlubang, Pemuda Ini Cacat Kekal, Mujur Dapat Pampasan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tengku Muhammad Khazi.

Siapa sangka hanya kerana motosikal yang ditunggangnya masuk ke dalam jalan berlubang, pemuda ini mengalami cacat kekal kerana kaki kirinya terpaksa dipotong.

Itu nasib malang yang berlaku ke atas pemuda ini, Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, ketika terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, di Machang, kira-kira dua tahun lalu.

Difahamkan dia kehilangan kaki kirinya selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok ke dalam jalan lubang di lokasi kejadian.


Jalan berlubang. - Gambar Hiasan.

Untuk itu, pemuda ini mengemukakan saman ke atas syarikat Roadcare Malaysia Sdn. Bhd. (Roadcare) atas kecuaian syarikat sebagai kontraktor penyelenggara jalan.

Penantian selama dua tahun akhirnya terlunas selepas mahkamah mengarahkan defendan membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM652,000.

Semoga pampasan itu dapat meringankan beban dalam meneruskan kelangsungan hidup.


Tag:

jalanberlubang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Teruk Ke Kualiti Jalan Di Malaysia?

Malaysia mempunyai jalan raya terburuk dunia.

04-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026