Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lori Hilang Kawalan, 7 Kenderaan Berlanggar, 1 Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kemalangan ini menyebabkan seorang mangsa maut (Foto: Bomba)

Hilang kawalan tiba-tiba, seorang pemandu lori  terbunuh dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan awal pagi ini. 

Tragedi ini berlaku di kilometer 382.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada sekitar jam 12.11 pagi. 


Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, tujuh kenderaan yang terlibat ialah empat buah lori, sebuah SUV jenis Nissan X-Trail, kereta Proton Iriz dan juga sebuah ambulans.

Mangsa yang tersepit dalam kejadian ini dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas serta dua kren  (Foto: Bomba)

Pemandu lori, Mohd Khairuddin Md Taharim, 44 tahun, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu enam kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Baca: Tiga Kereta Remuk Dirempuh Lori Pasir Hilang Kawalan


Mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum bergesel dengan lori kontena lain dan terbabas ke bahu jalan. 


“Kemudian, datang X-Trail dari arah yang sama, telah membrek, namun dilanggar oleh Proton Iriz dari arah belakang.

Pihak bomba berusaha untuk menyelamatkan mangsa

“Setelah itu, datang sebuah lagi lori dari arah yang sama, tidak sempat mengelak, telah terlanggar kon yang diletakkan di bahu jalan, lalu terlanggar ambulans, X-Trail, sebuah lori tiga tan dan akhir sekali, kontena yang dipandu mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Baca: Pelajar Tingkatan 1 Berbasikal Maut Dilanggar Lori

Kemalangan menyebabkan kesesakan trafik yang panjang

Kemalangan yang berlaku menyebabkan sebuah lori melintang sehingga mengganggu lorong tengah dan juga laluan kanan, sementara lori mangsa pula melintang dan menutup lorong kiri serta bahu jalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-fatihah kepada mangsa.

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Tiga Kereta Remuk Dirempuh Lori Pasir Hilang Kawalan

Baca: "Halalkan Semua Ya Ibu..." Kata-Kata Terakhir Sebelum Terlibat Kemalangan

Baca: [VIDEO] Hilang 4 Keluarga Serentak, Lelaki Ini Meraung Sambil Rangkul Anak

Baca: Pelajar Tingkatan 1 Berbasikal Maut Dilanggar Lori

Tag:

kemalangan
kemalangan maut
kemalangan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto
Motosikal Gesel, Remaja Maut

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto
2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026