Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ini Dia Manifesto Pengangkutan & Automotif BN, PN & PH

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dalam artikel kali ini, admin kongsikan kesemua manifesto berkaitan pengangkutan atau automotif yang dijanjikan oleh parti-parti politik Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negara. Teruskan membaca.


MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF BN


Dalam aspek kenderaan elektrik (EV), BN berjanji untuk menghapuskan permit import (AP) bagi semua jenis EV. Tujuannya adalah untuk membuatkan EV menjadi lebih mampu milik bagi orang ramai. 


Ini bermaksud BN akan meneruskan lagi pengecualian AP EV yang telah diperbaharui dalam bajet 2023 yang telah diumumkan pada bukan Oktober lalu oleh Menteri Kewangan,  Tengku Datuk Seri Zafrul. Berdasarkan pembentangan bajet tersebut, kos AP bagi setiap EV yang diimport dimansuhkan sehingga penghujung tahun 2023. 


Selain itu, BN turut berjanji untuk mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.


MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF PN




Berikut adalah manifesto berkaitan pengangkutan/automotif daripada PN:

  • Mewajibkan syarikat p-hailing dan e-hailing menyediakan perlindungan insurans takaful kepada semua pekerja.

  • Pekerja yang bekerja sepenuh masa dengan syarikat ini akan menerima potongan cukai khas.

  • Insentif RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang melanjutkan pengajian di IPT yang diiktiraf.

  • Perkhidmatan bas sekolah percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.

  • Mempercepat pembangunan lebuh raya 

  • Mengurangkan kesesakan trafik dengan menambah laluan di lokasi yang strategik dan menggunakan sistem tol tanpa palang


MANIFESTO PENGANGKUTAN/AUTOMOTIF PH


Berikut adalah manifesto berkaitan pengangkutan/automotif daripada PH:

  • Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi warga emas berbanding diskaun 50 peratus pada masa kini.

  • Mengurangkan lagi tol Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

  • Memperkenalkan had tambang RM5 sehari bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

  • Memperkenalkan peraturan bagi membenarkan penggunaan kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-basikal bagi menyediakan ‘first and last mile connection’ (menggunakan pengangkutan awam dari awal hingga ke akhir perjalanan)

  • Pertambahan 10,000 unit bas awam di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya beroperasi di Lembah Klang

  • Waktu menunggu mana-mana pengangkutan awam tidak lebih 10 minit

  • Memperluaskan lagi kaedah pembayaran pengangkutan dengan memperkenalkan bayaran menggunakan kad debit dan e-wallet (bukan hanya dengan kad Touch n Go seperti sekarang)


Apa pendapat anda mengenai manifesto setiap parti? Kongsikan di ruangan komen.



Tag:

PH
pilihan raya umum ke-15
PRU 15
BN
PN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Boleh Ke Tol Dimansuh?

Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya bersedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

01-11-2022
Berita Auto

Macam-Macam! Peniaga Ini Jual Kereta Mainan PRU-15, Netizen Nak Buat Koleksi!

Tidak lama lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung, dan kehangatan ‘persaingan’ antara parti kian dirasai!

02-11-2022
Berita Auto

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah, TIV Tahun Lepas Catat 720,658 unit

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengakui industri automatif melakar sejarah baharu dalam jualan kereta apabila jumlah keseluruhan Industri (TIV) mencatatkan sebanyak 720,658 unit pada tahun lalu.

19-01-2023
Berita Auto

Tak Ada Pengangkutan Nak Balik Mengundi? Ini Penyelesaiannya!

Dah buat perancangan untuk balik mengundi? Sekiranya masih lagi belum atau tidak berpeluang kerana masalah kos perjalanan, ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda!

16-11-2022
Berita Auto

Bas Balik Mengundi Percuma Untuk Warga KL & Selangor, Rebut Cepat!

Berita baik bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang akan turun mengundi.

07-11-2022
EV

{DEWAN RAKYAT} Kerajaan Sasar 1.5 Juta EV Dalam Negara Menjelang Tahun 2040

Kerajaan menyasarkan sejumlah 1.5 juta kenderaan elektrik (EV) dalam negara menjelang 2040.

31-03-2023
EV

Jika Menang PRU15, BN Nak Hapuskan Permit AP EV!

Barisan Nasional (BN) mahu menghapuskan permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

08-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Negara Minyak Tapi Import Minyak? Ini Realiti Pahit Krisis Tenaga Kita

700,000 Tong Sehari: Ini penjelasan terperinci.

21-04-2026
Berita Auto

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto

Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat 2 jam cetus aliran lumpur di Habu Heights, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

21-04-2026