Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Raya, Kereta, Rumah Tenggelam Akibat Banjir Kilat

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jalan raya dan kereta dinaiki air. 

Jalan raya di sekitar Shah Alam tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan gara-gara dinaiki air selepas hujan lebat  sejak pukul 3 petang tadi.

Antara lokasi terjejas ialah Taman Sri Muda, Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian dan Bukit Jelutong.

Selain kereta ditenggelami air, ada beberapa buah rumah di kawasan terjejas sudah dinaiki air setinggi ke paras buku lali. Setakat ini, kawasan itu dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter.


Beberapa kereta terperangkap dalam banjir.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis mengakui kawasan itu dilanda banjir kilat akibat longkang tersumbat.

Selain Shah Alam, banjir kilat turut berlaku di Lembah Klang sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Trafik dilaporkan mengalami kelewatan di Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Sungai Besi, Jalan Loke Yew dan Jalan Yaacob Latif.


Tag:

banjirkilat
shahalam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

Beberapa laluan utama di sekitar di Shah Alam i ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

24-11-2025
Berita Auto
Hujan Lebat, IOI Mall Puchong Tenggelam

Hujan Lebat, IOI Mall Puchong Tenggelam

Pengunjung IOI Mall Puchong panik selepas air memasuki premis itu.

16-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026