Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Semakin Naik, Proton Buka Pusat Alat Ganti Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Roslan (kanan) menerangkan sesuatu kepada media.

PROTON akan membuka Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) baharu di Kuching, Sarawak dalam tempoh terdekat ini.

Langkah itu diambil bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin meningkat di Malaysia Timur.

Fasiliti yang seluas 28,000 kaki persegi itu mempunyai lebih daripada tiga kali ganda kapasiti penyimpanan daripada stor sebelumnya.


Fasiliti itu dapat memuatkan stok tiga bulan.

Difahamkan, ia juga akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan untuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, fasiliti yang hampir siap itu direka untuk memenuhi keperluan pengedar dan pelanggan mereka di Malaysia Timur.

“Setelah siap nanti, kami akan mempunyai keupayaan untuk menyimpan sehingga tiga bulan stok, malah boleh juga menerima penghantaran terus alat ganti daripada vendor luar negara,” katanya.

Selain daripada peningkatan ruang dan keupayaan untuk mengendalikan penghantaran terus alat ganti, RPC tersebut dikatakan mampu menyimpan sehingga enam kontena sekali gus membolehkan pihak PROTON  menerima pelbagai tempahan secara serentak. 


Sebahagian komponen ditempatkan di fasiliti tersebut.

Ia juga akan dapat mengendalikan peningkatan daya pengeluaran, mengurangkan masa yang diperlukan untuk memproses dan menghantar pesanan ke pusat servis dan pengedaran.

“Kami menjangkakan untuk melihat peningkatan ketara dalam masa menunggu untuk pembaikian kenderaan kemalangan. 

Sebagai tambahan kepada tiga bulan stok yang dipegang di RPC, pengedar kami juga dikehendaki mempunyai stok bahagian penyelenggaraan selama tiga bulan,” ujarnya.

Menurut Roslan, ia merupakan salah satu contoh usaha yang menunjukkan PROTON terus menambah baik perkhidmatan selepas jualan bagi memberikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi. 

“Kami faham mungkin ramai yang berhati-hati, tetapi saya ingin menyakinkan pemilik semasa dan akan datang, alat ganti sudah ada untuk PROTON baharu anda,”ujarnya.


Tag:

Proton Malaysia
protonedar
protonpusat alatganti
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Berita Auto

Tergoda Dengan X50 R3? Cekau Cepat, Ada 200 Unit Je

Proton menayangkan model Proton X50 R3 Concept sempena Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.

16-12-2022
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!

Sempena ulang tahun keempat Proton X70, Proton dedahkan 10 fakta mengenai SUV itu.

13-12-2022
Berita Auto

Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan

Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.

06-12-2022
Berita Auto

Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan

Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

06-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026