Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT Rosak Lagi, Pengguna LRT Naik Angin

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bermula hari ini hingga 15 November, 16 stesenTransit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park terpaksa digantung operasi gara-gara masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil.

Difahamkan, Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem pemanduan automatik.

Berikut 16 stesen yang terlibat:

Berikut 16 stesen LRT tidak beroperasi.

Bagaimanapun, pengguna LRT jangan risau. Ini kerana Rapid KL ada menyediakan bas perantara percuma  bagi mengurangkan kesesakan di Stesen LRT Kelana Jaya.

“Bas disediakan dari Stesen LRT Ara Damansara - Stesen Pasar Seni; Stesen Ara Damansara - Stesen Kelana Jaya; Stesen Kelana Jaya - Stesen Pasar Seni; Stesen Pasar Seni - Stesen Masjid Jamek dan Stesen Masjid Jamek ke Stesen LRT Damai," menurut kemas kini di Facebook.

Di sebalik insiden itu, rata-rata pengguna LRT terpaksa mencari mana-mana individu yang sanggup berkongsi kereta untuk ke tempat kerja.

Malah, tidak kurang juga, ada yang terpaksa ponteng kerja.


Laluan LRT Kelana Jaya ditutup. - Foto Berita Harian.

Menerusi tinjauan Caricarz, rata-rata pengguna LRT naik angin apabila membaca berita mengenai LRT tidak boleh digunakan selama tujuh hari.

 “Saya terkejut bila baca berita mengenai LRT rosak, lebih teruk apabila operasinya digantung tujuh hari.

“Saya rasa sia-sia beli pas MY50 sedangkan LRT asyik breakdown.  Jadi, saya terpaksa ponteng kerja hari ini kerana untuk ke tempat kerja. Memang ada bas disediakan tetapi saya tetap perlu berjalan jauh untuk sampai ke tempat kerja.” kata pekerja swasta, Eizlan Rafiq, 23.

Sementara itu, ada juga yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan grab kerana harganya yang mahal.

“Lrt rosak, esok tak kan nak ambil grab lagi, duit spend kat grab je,” tulis Syad 

Di sebalik kejadian ini, penulis tertanya-tanya adakah pihak majikan sanggup menawarkan sistem Work From Home kepada pengguna LRT yang terjejas?

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pendapat di bawah ruangan ini!



Gallery

Tag:

RapidKL
Lrtrosak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat

MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

22-10-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

Kes Warga Taiwan Jatuh Atas Landasan LRT, Polis Kini Berhubung Dengan Keluarga Mangsa

Polis menyiasat insiden seorang lelaki warga Taiwan maut selepas terjatuh di atas landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong, semalam.

04-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Rapid KL Sediakan Van Untuk Hantar Pelajar Terjejas Ke Sekolah

Beberapa van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas akibat insiden kebakaran itu.

08-04-2025
Berita Auto

300 Unit Van DRT Mesra OKU Ditambah Bermula Februari

Lebih 300 van baharu untuk perkhidmatan transit atas permintaan (DRT) akan disediakan di sekitar stesen tren RapidKL.

20-01-2025
Berita Auto

Pas MyTourist Dilancarkan, Dari RM20 Untuk Perjalanan Rel & Bas Tanpa Had

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL memperkenalkan Pas MyTourist, satu inisiatif yang memberi kemudahan perjalanan tanpa had kepada pelancong.

11-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026