Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Puspakom Beralih Kepada Pembayaran Tanpa Tunai Bermula 1 Disember Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Puspakom akan hanya menggunakan transaksi tanpa tunai bermula bulan depan.

Perhatian! Bermula 1 Disember ini, anda boleh menggunakan kad kredit atau kad debit untuk memperbaharui insurans atau cukai jalan kenderaan di Puspakom.

Ini kerana agensi itu akan menghentikan sistem bayaran  tunai dan akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai bulan hadapan.

Untuk makluman, ketika ini transaksi insurans dan cukai jalan di PUSPAKOM hanya menerima tunai atau dompet elektronik.


PUSPAKOM

Puspakom berkata, inisiatif itu selaras usaha peralihan daripada penggunaan tunai kepada pembayaran tanpa tunai untuk semua transaksi di semua 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM bermula 1 Januari depan.

Peralihan kepada transaksi tanpa tunai akan mengurangkan waktu urusan di kaunter dan membolehkan transaksi yang lebih cekap, telus dan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, semua pihak yang berurusan di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM diingatkan supaya menggunakan fasiliti tanpa tunai untuk semua urusan

"Malah, pembayaran secara QR Pay atau e-wallet juga digalakkan,” tambah kenyataan itu.

Sebaliknya buat masa ini, transaksi Perkhidmatan Unit Bergerak (Mobile Unit) PUSPAKOM di beberapa tapak lawatan (lokasi terpencil) kekal menerima pembayaran tunai.

Apa pula pandangan anda mengenai langkah yang diambil Puspakom ini?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto