Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

100 Pelajar Berpeluang Mendengar Pengalaman Jurutera Bendalir Trek Petronas

Suhana Veru

Kongsi melalui


Petronas Lubricants dan Despark International College telah menganjurkan satu sesi perkongsian dengan Jurutera Bendalir Trek PETRONAS, Dr Safwan Hanis baru-baru ini.

Menerusi program itu, kira-kira 100 pelajar Despark International College berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai industri automotif selain mendengar pengalaman Dr. Safwan yang bertanggungjawab dalam sokongan teknikal kepada Pasukan Formula One (F1) Mercedes-AMG PETRONAS.


Menurut Dr. Safwan, beliau amat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS. 

“Ia telah memberikan pengalaman pembelajaran yang hebat untuk saya, dan teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama pelajar Despark International College.

“Saya berharap dapat memberi inspirasi dan memperkasakan bakat golongan muda terutamanya yang mempunyai minat tinggi dalam industri automotif bagi meneruskan minat dan kepercayaan dalam kebolehan mereka untuk cemerlang dan pergi lebih jauh dalam industri,” katanya.


Apa yang cukup menarik ialah beliau juga turut bertanggungjawab menganalisis bahan api PETRONAS Primax, minyak enjin PETRONAS Syntium dan PETRONAS Tutela Fluid.

Untuk info, minyak enjin ini digunakan dalam kereta F1 sebelum dan selepas perlumbaan.

Sesi perkongsian ini buat julung kalinya diadakan secara bersemuka memandangkan sebelum ini dua sesi pertama diadakan secara online gara-gara wabak Covid-19.

Sehubungan itu, para pelajar berpeluang bertanya pelbagai soalan kepada Dr.Safwan.


Gallery

Tag:

Petronas Primax
PETRONAS Lubricant
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020

PBD Menang Anugerah Platinum Jenama Putra 2020

Petronas diiktiraf jenama paling dekat dengan rakyat Malaysia.

09-02-2021

Berita Terkini

Gaya Hidup
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Gaya Hidup
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini

BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

22-01-2026
Gaya Hidup
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia

PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.

24-12-2025
Gaya Hidup
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan

Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.

24-11-2025
Gaya Hidup
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.

15-10-2025
Gaya Hidup
Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Pengalaman menelusuri Lebuhraya Karakoram antara salah satu jalan paling berbahaya di dunia dan dianggap salah satu keajaiban dunia kerana kesukaran untuk membina jalan ini daripada China ke Pakistan.

25-09-2025
Gaya Hidup
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan  Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.

17-09-2025
Gaya Hidup
Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K

Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K

PROTON menganjurkan pertandingan fotografi peringkat nasional bertemakan “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, khas untuk rakyat Malaysia.

20-08-2025