- Berita
- Gaya Hidup
- Acara Larian Toyota OutRun Berjaya Kumpul Sumbangan RM170,000

Lebih 4,300 peserta larian amal Toyota OutRun yang dianjurkan UMW Toyota di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Acara larian yang bertemakan "All for One, Run for All" itu menggunakan tema yang selari dengan visi baharu Toyota iaitu "Move Your World".
Acara larian yang diadakan buat kali kedua itu selepas empat tahun berjaya mengumpul dana sebanyak RM170,000.

Hasil sumbangan itu akan disumbangkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya teruja dengan penyertaan yang cukup menggalakkan.
“Acara ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat kami dengan NCSM. Jadi, hasil sumbangan itu akan diserahkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian sejauh 5 kilometer (km) dan 10 km.

Malah, para peserta turut dihiburkan dengan persembahan artis, De Fam dan duta Toyota Yaris, Janna Nick.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/


