Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

55 Jam Terperangkap Dalam Kereta Terbalik, 3 Kanak-Kanak Selamat Tetapi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kenderaan ditemukan terbalik hanya 10 km dari rumah mereka (Sumber: DailyMail)


Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berjaya menyelamatkan adik kecilnya dalam satu kemalangan yang membunuh kedua-dua ibu bapa mereka. Apa yang mengejutkan, selepas kemalangan tersebut, kesemuanya terperangkap di dalam kenderaan lebih daripada 2 hari dalam cuaca panas!


Kemalangan berlaku selepas sambutan Krismas di Australia Barat. Ibu bapa kanak-kanak terlibat, Jake Day, 28, dan Cindy Braddock, 25, meninggal dunia selepas kenderaan pacuan semua roda yang dinaiki mereka terbabas.


Foto keluarga (Sumber: NCA NewsWire)


Keluarga tersebut telah memandu sejauh 200 km dari arah utara apabila tiba-tiba Land Rover yang dinaiki terbabas dan berpusing. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam kira-kira 1 pagi hari Ahad, waktu tempatan.


Pasangan tersebut kali terakhir dikesan pada jam kira-kira 1 pagi semasa hari Krismas dalam Land Rover Discovery (Sumber: WA Police)


Tiga anak mereka terselamat namun terperangkap dalam kenderaan itu yang terbalik. Kesemua mangsa berjaya ditemukan pada waktu tengahari hari Selasa. 


Sepupu Jake Day, memaklumkan kepada wartawan bahawa anak perempuan pasangan tersebut telah menyelamatkan nyawa adik lelakinya semasa kejadian. 


“Kanak-kanak lima tahun itu berjaya membebaskan diri daripada kenderaan tersebut sebelum melepaskan adiknya yang berusia satu tahun daripada tempat duduk selepas mereka terperangkap selama 55 jam dalam kepanasan dengan suhu 33 darjah,” katanya. 


Barangan tiga beradik yang ditemukan terselamat dalam kemalangan ini (Sumber: Nine News)


“Sekiranya kanak-kanak lima tahun itu tidak menanggalkan tali pinggang keledar tersebut, adiknya itu mungkin tidak akan bersama kita lagi hari ini,” tambahnya lagi. 


Kejadian tersebut tidak disedari orang ramai (Sumber: Nine News)


Seorang pengurus hotel, Darren Pool berkata, penduduk setempat terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan ia berlaku tidak jauh daripada kawasan yang menjadi laluan orang ramai. 


Sumber: The Guardian


Tag:

kemalangan
Land Rover Discovery
Australia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022
Global
Berita Auto

Land Rover Discovery Metropolitan Edition Diperkenalkan

Land Rover perkenalkan variasi terbaharu, Metropolitan Edition.

16-11-2021
Global

09-08-2024
Global

05-07-2024
EV

04-07-2024
EV

03-01-2024
EV

29-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026