Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti Sekolah Sudah Bermula, Pastikan Ada Alat Pemadam Api Dalam Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya, musim cuti sekolah sudah bermula esok manakala rata-rata golongan ibu bapa sudah balik ke kampung untuk menghantar anak mereka.

Tetapi adakah anda sudah menyelenggara kereta anda sebelum memulakan perjalanan jauh?

Jika tidak, penulis mencadangkan kepada pemandu untuk menangguhkan rancangan untuk balik kampung sehingga kereta diselenggara.


Seperti sedia maklum, jumlah trafik yang tinggi sebenarnya meningkatkan risiko kemalangan jalan raya yang turut berpotensi mengakibatkan berlaku kebakaran.

Apa tidaknya, pada tahun ini sahaja banyak kes membabitkan kenderaan terbakar di lebuh raya yang mana rata-ratanya melibatkan kereta dan lori.


Untuk itu alat pemadam api adalah salah satu peralatan keselamatan yang disyorkan untuk disimpan di dalam kenderaan.

Sebaliknya, Puspakom berkata, di Malaysia kenderaan persendirian tidak wajib  memiliki alat pemadam api tetapi ia sangat berguna apabila berlakunya kemalangan yang menyebabkan kebakaran. 


Harga alat ini tidak begitu mahal namun ia boleh selamatkan nyawa kita,” tulisnya di akaun rasmi Puspakom.

Malangnya, tinjauan rambang penulis ke atas pemilik kenderaan mendapati tahap kesedaran pemasangan alat pemadam api kenderaan dilihat masih rendah termasuk penulis sendiri.

Ini kerana rata-ratanya berpendapat keberangkalian berlaku kebakaran kenderaan adalah amat kecil.

Bagaimanapun, masih belum terlambat, anda boleh membeli alat pemadam api ini demi menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga.


Sebelum terlupa, bagi yang tidak tahu dimana alat pemadam api ini perlu dipasang, ia sebenarnya perlu dipasang  di bawah tempat duduk penumpang hadapan bagi memudahkan ia dicapai pemandu ketika berlaku kecemasan.


Gallery

Tag:

MyPuspakom
alatpemadamapi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-03-2025
Berita Auto

18-03-2025
Berita Auto

11-03-2025
Berita Auto

28-01-2025
Berita Auto

20-08-2024
Berita Auto

28-07-2023
Berita Auto

10-04-2023
Berita Auto

24-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, banyak perkara bakal berlaku selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.

30-06-2025
Berita Auto

“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

Saman RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini dilihat sebagai tindakan terlalu drastik.

30-06-2025
Berita Auto

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

30-06-2025
Berita Auto

Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.

30-06-2025
Berita Auto

Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.

30-06-2025
Berita Auto

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto

JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).

29-06-2025