Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Ioniq 5 N Bakal Dikeluarkan 2023 Nanti Dengan Kuasa Sekitar 600HP! Siap Ada 'Audio' Enjin?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Ioniq 5 N (Sumber: YouTube/Hyundai USA)


Seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, kenderaan elektrik (EV) keluaran Hyundai, Ioniq 5 yang pertama kali diperkenalkan kepada umum pada bulan Februari lalu akan ditawarkan dalam versi berprestasi tinggi, Ioniq 5 N. Model istimewa ini kini sedang diberikan ‘sentuhan terakhir’ daripada Hyundai sebelum dikeluarkan pada tahun hadapan. 


Platform modular elektrik-global (E-GMP) (Sumber: Hyundai)


Model yang dibina berdasarkan platform modular elektrik-global (E-GMP) ini berkemungkinan besar akan ditampilkan dengan ciri mekanikal sama seperti yang terdapat pada Kia EV6 GT. 


Kia EV6 GT


Media Australia, CarExpert, berpeluang menemubual Eksekutif Penasihat Teknikal Hyundai, Albert Biermann yang mendedahkan bahawa model ini akan memberikan “getaran lambungan dan downshift yang sama seperti yang dapat dirasakan pada kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) N. Selain turut menambah bahawa model ini dibina dengan idea untuk "mendapatkan rasa dan bunyi DCT yang sama seperti hatch i30 N.”

Sesetengah teknologi yang akan digunakan pada Ioniq 5 kini sedang dibangunkan dalam RN22e konsep ‘rolling lab’ atau ‘makmal bergerak’ yang menyerupai Ioniq 6. Sistem yang dimaksudkan adalah termasuk transmisi N e-Shift yang direka dengan tujuan untuk memberikan rasa yang sama seperti menggunakan sistem transmisi dwi-klac pada model N versi ICE sedia ada. 


RN22e


Mod penukaran gear versi maya yang turut digelar sebagai Virtual Grin Shift (VGS) oleh Biermann ini boleh diaktifkan dengan tekanan butang pada stereng dan dengan menarik pedal penukar gear secara serentak.


RN22e


Sistem VGN ini disempurnakan lagi dengan teknologi N Sound Plus yang menyimpan dan mengandungi pelbagai bunyi daripada N versi petrol. Menurut Hyundai, mereka akan memasukkan bunyi melalui kemas kini secara over-the-air (OTA). Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan turut boleh memasukkan pelbagai bunyi lain sendiri. 


RN22e

Ioniq 5 N turut akan didatangkan dengan mod drift dan juga sistem pembrekan regeneratif dengan brek berdaya geseran lebih tinggi. 


Dari segi angka, Biermann memaklumkan bahawa Ioniq 5 N memiliki output kuasa setinggi kira-kira 600 hp. Namun begitu, angka bagi tork model ini tidak pula didedahkan. Kita boleh juga membuat anggaran dengan melihat model EV6 GT yang seperti dikatakan tadi turut dibina menggunakan platform yang sama. Dengan tork 740 Nm, model ini dapat melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 260 km/j. 


Apakah pendapat anda mengenai Ioniq 5 N? Dapatkah model ini menunjukkan prestasi lebih tinggi berbanding Kia EV6 GT? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.



ARTIKEL BERKAITAN

Gallery

Tag:

IONIQ 5
Hyundai Ioniq 5 N
Kia EV6 GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

27-03-2023
EV

30-12-2022
EV

28-12-2022
EV

21-10-2022
EV
Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022
EV

13-01-2025
EV

16-12-2024

Berita Terkini

EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026