- Berita
- EV
- Nak Galakkan Penggunaan EV, Kerajaan Mahu Bawa Masuk EV Murah

Nik Nazmi (tengah) sedang mengecas sebuah EV di Stesen Pengecas EV Di Bangi Golf Resort.
Bagi menggalakan golongan pertengahan membeli kenderaan elektrik (EV), kerajaan kini berhasrat untuk membawa masuk EV yang berharga di bawah RM100,000.
Tindakan itu diambil bagi menggalakkan golongan pertengahan untuk turut menggunakan EV pada masa akan datang.

Perkara itu diakui Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Buat masa ini, terdapat banyak EV yang berharga lebih RM100,000 menyebabkan kebanyakan pengguna tidak mampu membeli kenderaan terbabit.
“Kebanyakan EV yang masuk dalam pasaran kita ini lebih daripada RM100,000. Untuk itu, kita akan melihat bagaimana untuk membawa masuk kenderaan EV yang lebih mampu milik (sama ada) kenderaan itu dipasang di negara ini yang mungkin membantu kita untuk tawarkan EV (dengan harga) yang lebih rendah,” katanya.
Biarpun, kerajaan telah menawarkan pelbagai insentif untuk mencapai hasrat dalam menjadikan negara ini bebas karbon, pihaknya mahu menyemak semula Belanjawan 2023 atau Belanjawan 2024 untuk menambah lagi insentif EV.
Untuk info anda, insentif yang diberikan selama ini ialah pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan EV, pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/