Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengajaran Buat Suami Hidung Belang.

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak semalam tular di TikTok, sebuah kereta Perodua Aruz diconteng dengan perkataan “Kaki Janda” sehingga menarik perhatian orang awam.

Selain perkataan Kaki Janda, tertera juga beberapa perkataan seperti Jantan Tak Guna, 24 Jam Janda, Balik Rumah Setan, Balik!!!

Malah, kereta berwarna putih itu juga diconteng di bahagian hadapan dan belakang. Nasib malang Aruz itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya, @faridkdn sebelum ia tular di aplikasi TikTok.


Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen yang menyokong tindakan yang dibuat oleh penconteng  yang mungkin isteri kepada pemilik kereta tersebut.

“Hahaha, adoi bini siapa ni, memang rare,” tulis Thinieymy.

“Nasib baik tinted,” komen Izzati Ishak.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rose Linah 347.

“Pemburu janda,” tulisnya.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa ia mungkin salah satu taktik marketing.


Sehingga semalam, klip video tersebut telah ditonton lebih 4,000 kali dan sebanyak 699 komen telah ditinggalkan pengguna.

Apa pula pandangan para isteri di luar sana? Kongsikan pendapat anda!


Tag:

peroduaaruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Rancak Bangunkan Model D66B

Pengeluaran Aruz ditamatkan.

24-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026