Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Hulur Sumbangan Peralatan Perubatan Berjumlah RM151K Kepada 2 Hospital Awam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua menghulurkan sumbangan kepada Hospital Selayang


Dua hospital awam menerima sumbangan berbentuk barangan dan peralatan yang berjumlah RM151,000 daripada Perodua sebagai sebahagian daripada  inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata hasrat syarikat adalah untuk membantu institusi yang memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia, seperti hospital-hospital kerajaan yang tersedia untuk semua.


Pelbagai barangan disumbangkan yang termasuklah peralatan diagnostik, peralatan pemulihan dan peralatan penjagaan pesakit.


Perodua menghulurkan sumbangan kepada Hospital Kuala Kubu Bharu 


“Peralatan lain turut disumbangkan ialah mesin dialisis dan juga hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Baca: Kereta Perodua Laku Keras: Perodua Jual Lebih 250K Kereta Dari Jan-Nov 2022


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar kepada pihak pengurusan hospital sambil disaksikan oleh para pegawai perubatan dan kakitangannya.


Antara hospital awal di seluruh negara yang pernah menerima sumbangan peralatan perubatan dan kesihatan daripada Perodua ialah Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.


Baca: [DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?


Tambah Zainal, “Kami percaya dalam membuat sesuatu perubahan, kami perlu konsisten dalam usaha kami dan kami amat berbangga kerana dapat membantu mereka yang bekerja dan berkhidmat tanpa jemu untuk negara.


“Kami akan terus bekerjasama dengan badan-badan seumpama ini pada masa akan datang kerana ini adalah cara terbaik untuk kami membalas sokongan yang telah diberikan kepada kami selama ini,” katanya.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Kereta Perodua Laku Keras: Perodua Jual Lebih 250K Kereta Dari Jan-Nov 2022

Baca: Myvi Tukar Lorong Mengejut! 7 Kenderaan Dirempuh!

Baca: [DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?



Tag:

Perodua
CSR
sumbangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026