Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE pada hari Selasa depan, 13 Disember 2022 untuk pasaran Malaysia, sehari sebelum pelancaran Volvo  C40 Recharge Pure Electric.


Seperti model EQS, EV ini dibangunkan berlandaskan platform khas kenderaan elektrik iaitu  Electric Vehicle Architecture (EVA) berbeza daripada model-model terawal yang dikuasakan petrol iaitu EQA, EQB dan EQC. 




Penggunaan platform EV ini menjadikan ruang kabin kereta lebih luas untuk keselesaan optimum memandangkan tiada lagi ruang besar diperlukan untuk meletakkan enjin pembakaran.


EQE mula diperkenalkan tahun lalu dalam satu varian iaitu EQE 350 dengan kuasa 288 hp/530 Nm. Menggunakan bateri lebih kecil berbanding EQS, ia dianggarkan mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 660 km dengan cas penuh (berdasarkan kitaran WLTP). Varian ini boleh dicas dengan AC 22 kW dalam masa 4 jam, dan sekiranya menggunakan pengecas pantas  DC 170 kW pula, masa yang diambil hanya kira-kira 33 minit daripada 10-80%.  Bergantung kepada pasaran, model ini turut ditawarkan dalam dua versi iaitu 4MATIC dan model bergaya sporty, AMG. 




Perincian lain mengenai model EQE terbaharu yang bakal dilancarkan di Malaysia ini masih belum didedahkan, namun ia dianggarkan akan dijual pada harga yang lebih murah daripada EQS 450+ yang berharga RM698,888, tanpa insurans. 


Bersempena dengan pelancaran EV terbaharu ini, Mercedes telah membuka laman pendaftaran minat bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terawal mengenai bilakah jualan Mercedes EQE akan dimulakan di negara ini.

Gallery

Tag:

mercedes benz
Kereta Elektrik
EQE
mercedes eqe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-02-2023
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.

25-02-2022
Teknologi

13-02-2023
Video

30-01-2023
EV

07-12-2022
Global

17-08-2022
EV

25-01-2023

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026