Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selangor Bakal Sediakan Van Transit Atas Permintaan Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kumpool akan menjadi pembekal perkhidmatan eksklusif van DRT Selangor (Sumber: Kumpool)


Tidak lama lagi negeri Selangor akan memiliki sebuah aplikasi pengangkutan khas untuk mengatasi isu perbatuan akhir (last mile) pengangkutan awam di negeri ini. Aplikasi ini akan menyediakan servis van bagi memudahkan orang ramai menuju ke lokasi yang tidak menjadi laluan bas atau tren. 


Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, perkhidmatan yang dinamakan van transit atas permintaan (DRT) ini akan mula diperkenalkan pada suku pertama tahun 2023 menerusi peruntukan RM25 juta dalam inisiatif Selangor Mobiliti yang mana RM3 juta akan digunakan untuk aplikasi tersebut.


Menurut Ng, "Van tersebut akan melalui kawasan zon komersial dan perumahan yang sempit dan padat di tempat pengambilan, berbeza dengan bas yang tidak disediakan di beberapa kawasan.”


Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han (Sumber: Bernama)


Van DRT boleh digunakan untuk pergerakan dalam radius 5 ke 8 km di enam lokaliti yang menawarkan hab transit van di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam – sesi percubaan akan dibuat dimulakan di Bandar Baru Puchong pada bulan Februari akan datang.


Ujian penggunaan van DRT sebenarnya telah mula dibuat awal tahun ini pada bulan April lalu di Petaling Jaya, Cyberjaya dan Subang Jaya yang telah mencatatkan penggunaan kira-kira 273,000 penumpang dengan perjalanan sebanyak 182,000. Dengan kerjasama Rapid KL, perkhidmatan van ini diperluas di sekitar Wangsa Maju dan Setapak pada bulan Oktober baru-baru ini.


Jelas Ng, perkhidmatan van ini tidak ditawarkan secara percuma seperti bas Smart Selangor, namun harga yang dikenakan nanti tidak akan membebankan rakyat.


Bas Smart Selangor (Sumber Ahmad Zakki Jilan/SelangorKini)


Tambahnya lagi, terdapat kemungkinan perkhidmatan ini akan diperkembang kepada pelbagai jenis mod pengangkutan lain dan tidak terhad kepada van untuk memberikan lebih pilihan kepada orang ramai.


Sumber: The Vibes


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Terima Banyak Aduan, Anthony Loke Turun Padang

Baca: LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Sepenuhnya. - Anthony Loke

Baca: Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!

Tag:

Pengangkutan Awam
Smart Selangor
van DRT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

25-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

10-11-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026