Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Penukaran Bateri Motosikal EV Blueshark Kini Di Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pada bulan Oktober lalu diumumkan bahawa syarikat pengeluar alat ganti automotif, EP Manufacturing (EPMB), akan membawa masuk jenama motosikal elektrik pintar yang terkenal di dunia, Blueshark ke pasaran Malaysia. Kini, nampaknya kita sudah dapat melihat bermulanya fasa awal sebelum kedatangan motosikal EV ini dengan kewujudan beberapa stesen pertukaran bateri motosikal ini di negara kita.


Baru-baru ini, kami berpeluang untuk melihat salah satu daripada stesen ini di PETRONAS Batu Tiga tidak jauh dari Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam. Stesen bateri ini terletak bersebelahan dengan stesen pengecas kereta EV, JomCharge. 




Selain di sini, dilaporkan terdapat tiga lagi stesen bateri Blueshark lain iaitu PETRONAS Seksyen 13 di Shah Alam, PETRONAS USJ 6 di Subang Jaya dan  PETRONAS Desa Mentari di Petaling Jaya.


Kehadiran stesen penukaran bateri di keempat-empat cawangan PETRONAS ini merupakan hasil kerjasama antara Bluehshark dan juga syarikat gergasi pengeluar minyak dan gas milik Malaysia ini.





Melihat dengan lebih dekat stesen pengecas Blueshark, terdapat 16 slot bateri yang disediakan. CCTV turut dipasang untuk memantau stesen, ini berkemungkinan untuk mengelakkan orang awam daripada menyalahguna kemudahan yang disediakan. 


Di stesen ini turut terdapat sebuah skrin sentuh, namun tidak dapat dipastikan apakah fungsi yang disediakan kerana stesen ini masih belum boleh digunakan. Tetapi kami yakin, sistem yang disediakan nanti pastinya mesra pelanggan dengan antara muka atau interface yang mudah difahami. 




Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, model Blueshark R1 adalah yang pertama akan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Motosikal EV ini mampu mencapai jarak perjalanan antara 110 ke 160 km bergantung kepada mod penggunaan. EV ini dilancarkan di Malaysia dengan tujuan untuk memperkasakan mobiliti yang mesra alam terutamanya bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).




Kewujudan stesen penukaran bateri yang turut berfungsi sebagai stesen pengecas ini dapat memudahkan penunggang motosikal EV terutamanya mereka yang perlu mengejar masa misalnya pembawa e-hailing, kurier dan yang terlibat dalam urusan logistik. Sistem penukaran bateri ini satu model yang menarik kerana penunggang tidak perlu menunggu motosikal mereka dicas.


Selain empat lokasi ini, lima lagi stesen lain akan diwujudkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai harga khidmat penukaran bateri ini, akan diumumkan pada masa akan datang.


Artikel asal bertajuk Blueshark EV Motorcycle Battery Swapping Station Spotted ditulis oleh Thoriq Azmi.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Revolusi Mobiliti Urban Hijau Malaysia Bermula! Blueshark Meterai Perjanjian Kerjasama Pelbagai Hala

Baca: Pemasangan CKD Skuter EV Blueshark Diluluskan MITI


Tag:

Blueshark R1
Blueshark Malaysia
stesen penukaran bateri
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

16-05-2024
EV

13-05-2024
EV

05-04-2024
Video

ULASAN: Blueshark R1 | Skuter Eletrik Untuk Semua?

ULASAN: Blueshark R1 | Skuter Eletrik Untuk Semua?

11-07-2023
Pandu Uji

20-06-2023
EV

21-03-2023
EV

23-12-2022
EV

12-10-2022

Berita Terkini

EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025