Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Blueshark R1: Canggih, Comel, Moden

Suhana Veru

22-6-2023

Kongsi melalui

image.png

Walaupun lebih 16 tahun sudah tidak menunggang motosikal namun kali ini, penulis menyahut cabaran editor untuk tunggang uji skuter elektrik yang dikenali sebagai Blueshark R1.

Alahai nama bukan main ganas, jerung biru namun secara jujurnya skuter ini sememangnya sangat sopan dan amat ringan kerana ia cuma seberat 92 kilogram.

Bukan itu sahaja, tunggangannya cukup tenang dan selesa kerana tidak langsung mengeluarkan bunyi bising seperti motosikal yang menggunakan petrol.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah jika anda tidak mahu membeli skuter ini, namun anda boleh menyewanya dalam promosi langganan seminggu pada harga RM200. 

Ia lebih murah berbanding program sewaan Blueshark sendiri iaitu RM358/bulan untuk model Lite dan RM414/bulan untuk model biasa.

image.pngimage.png

Untuk menunggang skuter ini, anda hanya perlu memiliki lesen B2.

Sesi Tunggang Uji

Seperti biasa, saya diarahkan untuk mengambil skuter elektrik di pejabat kami yang terletak di Serdang Raya selepas rakan sekerja saya selesai merakam video dan gambar sesi tunggang uji.

image.png

Memandangkan sudah lama tidak menunggang motosikal, saya meminta izin dengan editor untuk keluar pejabat sebelum pukul 4 petang.

Maklumlah, dah lama tak pegang handle motosikal.

Tanpa melenggahkan masa, rakan sekerja saya menerangkan serba-serbi mengenai butang-butang yang ada pada Blueshark ini.

Biarpun, otak tak masuk sangat sebab agak takut untuk menunggang balik ke rumah sehingga Putra Heights, Subang Jaya, saya mengiyakan sahaja apa yang diajar.

Apa lagi, saya terus menekan butang Ready dan terus memulas handle dengan perlahan-lahan.  

image.pngimage.png

Alhamdullilah, mujur skuter ini agak ringan namun apa yang menjadi masalah besar ialah saya tidak mahir menyeimbangkan badan ketika berada di atas jalan raya besar.

Untuk makluman anda, skuter ini didatangkan dengan Eco, Comfort, Sport dan Turbo.

Jadi bagi penunggang baharu, anda sesuai menggunakan mod Comfort kerana pergerakannya tidaklah terlalu laju.

Sebaliknya, ujian terbaharu yang dilakukan Blueshark, kelajuannya mencecah kepada 90 kilometer sejam (km/j). Fuhhh, boleh tahan! Namun penulis tetap memilih mod Turbo.

image.png

Barulah ada power sikit. Bukan apa, penulis terasa cukup bahang dan topi keledar pula macam nak terbang sebab dipukul angin yang kuat.

Masa itu, walaupun penulis kecut perut kerana tidak biasa dengan tunggangan di jalan raya, mahu atau tidak, penulis terpaksa menggunakan tunggangan mod turbo.

Percaya atau tidak, hanya dalam 20 minit saya sudah selamat sampai ke rumah! Dari segi daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-50'(km/j) hanya dalam 4.9 saat.

Dari segi tunggangan, saya berasa cukup selesa dan ia langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising.

image.png

Apa yang saya mahu ingatkan ialah skuter ini tidak boleh corner baring habis-habisan macam motor GP sebab  penegak kembar (double stand) mudah bergesel dengan permukaan jalan raya.

Ketika cuba di beberapa selekoh, saya agak terkejut besar ketika double stand terkena permukaan jalan sehingga mengeluarkan percikan api.

Pendek kata, anda tak boleh corner baring sangat. Selain itu, ketika saya terlanggar lubang, saya dapat merasakan gegarannya. Ini mungkin kerana saiz tayarnya yang begitu comel dan kecil menyebabkan ia tidak sekuat untuk melanggar lubang.

image.png

Apapun saya  berasa ia sesuai untuk digunakan untuk ke tempat kerja selain boleh menjadi satu pengangkutan untuk memudahkan urusan harian anda seperti menghantar anak ke sekolah, pasar atau ke mana-mana lokasi yang berdekatan dengan rumah.

Ia mungkin tidak boleh bergerak jauh memandangkan stesen pertukaran baterinya masih terhad. Dikhabarkan ia boleh bergerak sejauh 110 kilometer dengan penggunaan kedua-dua pek bateri.

Sebaliknya Blueshark berkata, ia dibangunkan untuk pengangkutan bandar dan juga cukup sesuai digunakan di kawasan pinggir bandar.

image.pngimage.png

Sepanjang perjalanan dari Serdang Raya ke Putra Heights, sempatlah saya menggodek apabila sudah mula selesa menunggang skuter.

Skuter Canggih, Moden semacam

image.png

Saya cukup tertarik dengan butang yang boleh membuatkannya mengundur ke belakang.

Ini bermakna, anda tidak perlu menggunakan kudrat atau rakan anda untuk menarik keluar skuter ini daripada tapak parkir sebaliknya tekan sahaja butang undur itu.

Ia sudah undur secara automatik. Mudah dan pantas!

Melihat kepada ciri undurnya, saya berpendapat ia sememangnya sesuai untuk kegunaan golongan anak dara atau mak-mak di luar sana.

image.png

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan paparan digital bersaiz 10 inci dimana ia memaparkan semua maklumat seperti baki bateri, mod tunggangan dan pelbagai maklumat.

Ia menggunakan sistem operasi pintar ArkRide OSi dan maklumat tunggangan dipaparkan pada skrin HD IPS bersaiz 10 inci.

Antara kelengkapan lain ialah Bluetooth, 4G, perakam tunggangan dan tidak ketinggalan sistem bantuan pemanduan ADAS.

Dikhabarkan dengan menggunakan aplikasinya, anda sebenarnya boleh mengawal skuter ini tidak kira dimana anda berada memandangkan ia dilengkapi dengan sistem GPS.

Dibina dengan sistem GPS, ia hadir dengan ketersambungan Bluetooth, 4G, peman muzik, perakam tunggangan dan macam-macam lagi.

image.pngimage.png

Bagi meningkatkan keselamatan, Blueshark R1 hadir dengan sistem bantuan pemanduan ADAS yang dibantu oleh dua unit sensor dan dua kamera.   Satu kamera dipasang di hadapan dan satu lagi di belakang.

Kedua-dua kamera itu akan memaparkan keadaan sekeliling di hadapan dan juga belakang terutama ketika anda mengundur skuter.

image.pngimage.png

Apa yang mengejutkan, skuter elektrik ini bukan calang-calang kerana ia dilengkapi dengan USB-A dan USB-C.

Motor korang hado?

image.png

Rekaan Minimalis

Sebaik tiba di rumah, saya membelek bahagian luarannya. Dari segi rekaan, ia cukup minimalis dan futuristik.

Ia dipadankan dengan lampu LED nipis bersama kemasan hitam kilat pada bawah lampu, kepala serta cermin sisi.

Jika melihat lampu belakangnya, ia sama seperti rekaan logo Blueshark. Sementara itu, kedua-dua rodanya juga menggunakan brek disc dan tayarnya adalah bersaiz 12 inci.

image.png

Selain itu, terdapat juga pemegang di bahagian kiri dan kanan yang dipasang untuk pembonceng.

Jika anda membuka bahagian tempat duduknya, anda akan melihat dua pek bateri disumbat ke dalam dua lubang berbeza.

image.png

Nak angkat keluar, satu hal sebab boleh tahan beratnya tapi taklah macam berat tong gas masak di rumah.

Difahamkan,pek bateri itu cuma seberat 11 kilogram. Kalau anda nak angkat dua pek bateri sekali, nak naik turun dari kawasan flat atau kondominium, maknanya anda sudah membakar lemak.

Pengecasan.

Sebaik tiba di rumah, saya hanya mengecas skuter ini di rumah. Ia mengambil masa sekurang-sekurangnya lima jam untuk baterinya penuh.

Namun jika anda tidak mahu mengecas di rumah kerana mengambil masa yang agak lama, anda boleh mengunjungi  empat stesen yang menawarkan perkhidmatan pertukaran bateri Blueshark.

Skuter  dikuasakan motor magnet tetap elektrik 5000W berkelajuan tinggi.

image.png

Terdapat dua pek bateri litium-besi fosfat (LFP) yang boleh tukar segera di mana-mana stesen tukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5 jam.

image.pngimage.png

Buat masa ini, terdapat lima stesen pertukaran bateri termasuk satu di ibu pejabat Blueshark, Shah Alam, stesen Petronas Desa Menteri, Petaling Jaya, Petronas Batu 3 Federal, Subang Jaya, Petronas Seksyen 13, Shah Alam dan Petronas USJ 6, Subang Jaya.

image.pngimage.png

Selain itu, terdapat juga servis BlueSwap Battery seperti berikut:

RM59 untuk 36 pertukaran sebulan

RM99 untuk 70 pertukaran sebulan

RM139 untuk 120 pertukaran sebulan

RM1.95/pertukaran sekiranya tiada langganan

Blueshark telah menjalin kerjasama dengan stesen Petronas dan mereka kini komited untuk menambahkan lagi stesen pertukaran baterinya.

Melihat dengan lebih dekat stesen pengecas Blueshark, terdapat 16 slot bateri yang disediakan. CCTV turut dipasang untuk memantau stesen, ini berkemungkinan untuk mengelakkan orang awam daripada menyalahguna kemudahan yang disediakan. 

Di stesen ini turut terdapat sebuah skrin sentuh yang akan menerangkan lebih lanjut mengenai pembayaran setiap pek bateri.

Mengenai bayaran pertukaran bateri, anda hanya perlu membayar RM4 untuk mengecas kedua-dua bateri berkenaan.

Kadar itu jauh lebih murah berbanding dengan skuter sedia ada ketika ini termasuk motosikal kapcai 150cc.

HARGA

image.png

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli skuter elektrik ini, ia sebenarnya telah melepasi semua keperluan perundangan jalan raya Malaysia.

Buat masa ini, tiada cukai jalan dikenakan, dan anda hanya perlu memiliki lesen B2 jika berminat untuk menunggangnya.

image.png

Bagi yang berminat, skuter comel ini menawarkan beberapa pilihan warna iaitu merah jambu, hijau, hitam, putih, biru dan silver.

image.png

Mengenai harga, R1 2023 dijual pada harga RM9,390 manakala R1 Lite 2023 pula RM7,190.

Cuma bagi varian R1 Lite, ia tidak didatangkan dengan ADAS, kamera undur, skrin HD IPS dan beberapa ciri lain menyebabkan ia dijual pada harga yang murah.

Untuk keterangan lanjut, layari  www.blueshark.com.my.


SPESIFIKASI BLUESHARK R1

MOTOR

1x High-speed permanent magnet gear type motor, rear side-hung

KUASA

5,000 watts / 5 kW (approx. 6.7 HP)

TORK

201 NM

BATERI&CAS

Bateri
2x tukar bateri 2,880 wH (2.88 KWH) bateri jenis lithium-iron phosphate (LFP)

Masa Cas: (AC @ 3.7 kW):
3.5 jam

JARAK

80 – 110 KM (
75 – 85 KM (seperti diuji)

BERAT

92 KG

HARGA

RM9,390

 

Gallery

Tag:

Blueshark battery swapping station
Blueshark Malaysia
Blueshark R1
Blueshark Blueshark Malaysia
Blueshark Lite
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Jangan Risau Kalau Beli Skuter Blueshark, Rangkaian Tukar Bateri Ditambah

Jangan Risau Kalau Beli Skuter Blueshark, Rangkaian Tukar Bateri Ditambah

Nak beli skuter Blueshark, jangan risau kalau nak tukar bateri.

19-03-2024
Pandu Uji
Rebiu Skuter Elektrik, Apa Kata Penunggang Perempuan! Boleh Gerak Sejauh 110km, Harga Mampu Milik

Rebiu Skuter Elektrik, Apa Kata Penunggang Perempuan! Boleh Gerak Sejauh 110km, Harga Mampu Milik

Penulis berkesempatan melakukan tunggang uji di sebuah litar berhampiran Blueshark di Shah Alam.

21-03-2023
Berita Auto
Skuter EV Blueshark Cukup Murah, Harga Mampu Milik

Skuter EV Blueshark Cukup Murah, Harga Mampu Milik

Blueshark melancarkan secara rasminya, skuter elektriknya untuk pasaran Malaysia

21-03-2023
EV
Skuter Elektrik Blueshark Kini Ada Lebih 50 Cawangan Di Seluruh Malaysia, Boleh "Ride4Free" Sekarang!

Skuter Elektrik Blueshark Kini Ada Lebih 50 Cawangan Di Seluruh Malaysia, Boleh "Ride4Free" Sekarang!

Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark, telah memperluaskan rangkaiannya di seluruh Malaysia.

16-05-2024
Berita Auto
Ramai Betul Teruja Tengok EV!

Ramai Betul Teruja Tengok EV!

Pelbagai EV dipamerkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-77.

14-05-2023
Pandu Uji
Rebiu Skuter Elektrik, Apa Kata Penunggang Perempuan! Boleh Gerak Sejauh 110km, Harga Mampu Milik

Rebiu Skuter Elektrik, Apa Kata Penunggang Perempuan! Boleh Gerak Sejauh 110km, Harga Mampu Milik

Penulis berkesempatan melakukan tunggang uji di sebuah litar berhampiran Blueshark di Shah Alam.

21-03-2023
Berita Auto
Skuter EV Blueshark Cukup Murah, Harga Mampu Milik

Skuter EV Blueshark Cukup Murah, Harga Mampu Milik

Blueshark melancarkan secara rasminya, skuter elektriknya untuk pasaran Malaysia

21-03-2023
EV
Stesen Penukaran Bateri Motosikal EV Blueshark Kini Di Malaysia!

Stesen Penukaran Bateri Motosikal EV Blueshark Kini Di Malaysia!

Bermulanya fasa awal sebelum kedatangan motosikal EV ini dengan kewujudan beberapa stesen pertukaran bateri motosikal ini di negara kita.

26-12-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025