Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Kini Rasmi Di Thailand! Lancar Model 3 Dan Model Y – Malaysia Tak Lama Lagi?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Jenama kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla, kini secara rasminya telah memasuki negara Thailand selepas memulakan penapakan di rantau Asia dengan memasuki pasaran Singapura tahun lalu. Dua model dilancarkan iaitu Model 3 dan Model Y. Tesla turut merancang untuk mewujudkan infrastruktur supercharger di seluruh negara tersebut bermula tahun depan. 


TESLA MODEL 3 YANG DITAWARKAN DI THAILAND




Bagi pasaran tersebut, Tesla Model 3 didatangkan dalam tiga varian iaitu versi Standard yang menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD), Long Range dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan varian Performance. Kesemua varian ini menyokong sistem pengecasan pantas DC sehingga 250 kW. 


Varian Standard menggunakan motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang yang dikuasakan oleh pek bateri 57.5 kWh. Varian ini mampu mencapai jarak perjalanan mencecah 559 km dengan output maksimum 342 hp/420 Nm, serta dapat melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat. 




Seterusnya, varian Long Range AWD pula dilengkapkan dengan dua motor elektrik, satu pada setiap gandar. Motor ini dikuasakan oleh pek bateri lebih besar iaitu 75 kWh untuk memberikan jarak perjalanan bercas penuh yang lebih tinggi iaitu sehingga 681 km. Kedua-dua motor ini mampu mencapai output gabungan 507 hp/493 Nm, dengan kemampuan untuk melakukan pecutan sehingga 100 km/j dalam hanya 4.4 saat. 




Varian tertinggi, Performance, turut menggunakan trenkuasa AWD dengan dua motor serta pek bateri 75 kWh yang sama seperti varian Long Range. Namun, sebagai versi prestasi, ia terpaksa ‘mengorbankan’ sedikit jarak perjalanan cas penuh yang mampu dicapai iaitu hanya sehingga 608 km demi memberikan kereta prestasi lebih tinggi iaitu 0-100 km/j dalam masa hanya 3.3 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 261 km/j.




Khas untuk varian tertinggi ini, Performance didatangkan dengan rim aloi  ‘Uberturbine’  bersaiz 20 inci, brek khas versi prestasi, serta pedal aluminium dan spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon. Sementara itu, dua varian terendah pula menerima rim bersaiz 18 inci. 




Harga bagi ketiga-tiga varian Tesla Model 3 ini di Thailand adalah seperti berikut:


  • Standard RWD: 1.7 juta baht (RM214,831)

  • Long Range AWD: 1.9 juta baht (RM240,106)

  • Performance: 2.3 juta baht (RM290,665)


TESLA MODEL Y YANG DITAWARKAN DI THAILAND

Selain model 3, Tesla turut melancarkan crossover SUV, Model Y dalam tiga varian iaitu Standard RWD, Long Range AWD dan Performance. 


Model Y versi Standard memiliki spesifikasi prestasi yang sama seperti Model 3 Standard iaitu pek bateri 57.5 kWh berserta motor tunggal dengan output 342 hp/420 Nm. Namun sebagai sebuah crossover kompak, kuasa pecutan dan jarak perjalanan yang mampu dicapai adalah lebih rendah. Dengan cas penuh ia boleh bergerak sejauh 510 km dan dari segi prestasi pula ia mampu melakukan pecutan abad dalam masa 6.9 saat. 


Sementara itu varian Long Range AWD Model Y juga menggunakan setup sama seperti varian pertengahan Model 3 dengan pek bateri 75 kWh serta dua motor yang memberikan output gabungan 507 hp/493 Nm. Jarak perjalanan bercas penuh juga lebih rendah berbanding Model 3 dengan jarak sehingga 623 km, dan pecutan 0 - 100 km/j dalam masa 5 saat. 


Dari segi kuasa, varian Performance Model Y boleh melakukan pecutan 0 - 100 km/j dalam masa sepantas 3.7 saat! Menakjubkan untuk sebuah SUV kompak walaupun tidak sepantas Model 3 dalam varian yang sama. 

Baca: Cybertruck Bukan Sekadar Trak, Tapi Juga Bot!

Walaupun memiliki prestasi yang lebih rendah berbanding Model 3, harga jualannya lebih tinggi kerana saiz ruang kabinnya yang luas. Harga bagi ketiga-tiga varian Tesla Model Y ini di Thailand adalah seperti berikut:

  • Standard RWD: 1.9 juta baht (RM240,258)

  • Long Range AWD: 2.2 juta baht (RM278,194)

  • Performance: 2.5 juta baht (RM316,130)


SUPERCHARGER TESLA


Seperti yang disebut tadi, Tesla turut merancang untuk mewujudkan rangkaian pengecasan supercharger yang komprehensif di Thailand dengan stesen pertama yang akan dibuka pada awal tahun 2023. Menjelang penghujung tahun 2023, jangkaan Tesla adalah untuk memiliki sekurang-kurangnya 10 stesen supercharger. 


Kesemua model yang diperkenalkan di Thailand dapat menyokong pengecas pantas DC sehingga 250 kW. Menurut Tesla, pengecasan selama 15 minit menggunakan supercharger yang disediakan nanti dapat memberikan kereta jarak perjalanan sehingga 275 km. 

Baca: Tesla Panggil Semula Lebih 400K Kereta Di China, Ini Puncanya...

PERANCANGAN UNTUK PASARAN MALAYSIA

Buat masa ini, Tesla masih belum mengumumkan sebarang perancangan untuk meluaskan pasaran ke negara Malaysia, namun begitu, perkembangan positif yang sedang berlaku di negara ini di mana orang ramai mula menunjukkan minat terhadap penggunaan EV mungkin dapat menarik perhatian Tesla. Terkini, Tesla dijual di beberapa pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti UK, Australia, Singapura, Jepun dan yang terbaharu, Thailand.

Memandangkan Tesla telah pun memiliki kedudukan yang kukuh dalam pasaran RHD, rasanya Tesla patut turut mempertimbangkan negara kita, setuju? Adakah anda tidak sabar untuk melihat Tesla akhirnya dijual di Malaysia secara rasmi dengan rangkaian supercharger yang luas? Kongsikan pendapat anda mengenai perkara ini di ruangan komen di bawah.

ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Tesla Panggil Semula Lebih 400K Kereta Di China, Ini Puncanya...

Baca: Cybertruck Bukan Sekadar Trak, Tapi Juga Bot!

Baca: BYD , Jenama EV Terbesar China, Bakal Buka Kilang Di Thailand

Gallery

Tag:

Tesla Supercharger
Model 3
Tesla Thailand
Model Y
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights

Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.

21-10-2025
EV

Tesla Bakal Sediakan Pengecas Pantas V4 Supercharger Di China – Tidak Eksklusif Untuk Tesla

Tesla mengumumkan rancangannya untuk melancarkan kabinet pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) V4 Supercharger di China bermula tahun 2025.

03-01-2025
EV

Tesla Supercharger R&R Skudai Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi – V4 250 kW, RM1.25/kWj

Stesen Supercharger di R&R Skudai (arah selatan) bakal dilancarkan. Ini butirannya...

20-09-2024
EV

Tesla Lancar Supercharger V4 & Pusat Servis Di Pulau Pinang

Tesla Malaysia yang kini giat memperluaskan operasi telah melebarkan sayapnya ke utara Semenanjung.

11-09-2024
EV

Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj

Buat perjalanan ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.

17-06-2024
EV

Tesla Supercharger Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang Kini Aktif – RM1.25/kWj

Tesla Motors Malaysia telah mengaktifkan stesen pengecas pertamanya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

05-04-2024
EV

Tesla Dedah Rancangan Mereka, Nak Pasang Lagi Pengecas!

Tesla Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membuka lima lagi stesen pengecas DC dan AC.

21-03-2024
EV

Stesen Tesla Supercharger Pavilion Bukit Jalil Kini Aktif – RM1.25/kWh

Tesla Motors Malaysia (Tesla MY) telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharger terbarunya.

13-02-2024

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026