Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Bakal Sediakan Pengecas Pantas V4 Supercharger Di China – Tidak Eksklusif Untuk Tesla

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-V4-Malaysia-(4).jpg

Tesla mengumumkan rancangannya untuk melancarkan kabinet pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) V4 Supercharger di China bermula tahun 2025. Kabinet pengecas generasi baharu ini menawarkan kelajuan pengecasan ultra-pantas mencecah 500 kW yang boleh menyokong senibina elektrikal 400V dan 1000V, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis EV.

Dalam usaha memperluaskan akses, pengecas ini juga boleh dimanfaatkan oleh pengguna EV jenama lain selain Tesla.  "Langkah ini akan meningkatkan kecekapan dan pengalaman pengecasan," menurut kenyataan Tesla China di platform Weibo.

Rangkaian Pengecas Tesla Semakin Meluas

image-(32).jpg

Setakat November 2024, Tesla telah memasang lebih 60,000 Supercharger di seluruh dunia, termasuk 11,500 unit di China sahaja. Pada suku keempat 2024, syarikat itu menambah 162 unit Supercharger di 51 lokasi baharu di negara tersebut.

China terus menjadi pasaran utama bagi Tesla, dengan kilang Supercharger di Shanghai berkeluasan 5,000 meter persegi mampu menghasilkan sehingga 10,000 unit pengecas V3 setiap tahun. Sejak April 2023, Tesla telah membuka rangkaian pengecasannya kepada jenama lain di China, menjadikannya salah satu sumber pendapatan penting.

Situasi Di Malaysia: Pengecas Kekal ‘Eksklusif’

Tesla-Anwar-(3)-full.jpg

Di Malaysia, rangkaian Supercharger Tesla kekal eksklusif untuk kenderaan keluaran Tesla sahaja. Keputusan ini mungkin disebabkan saiz pasaran EV tempatan yang lebih kecil. Pada November 2024, EV hanya merangkumi 2.5% daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan, dengan Tesla menjadi salah satu jenama yang mendominasi segmen ini.

Kadar penggunaan EV yang rendah di Malaysia turut menyumbang kepada kurangnya keuntungan dalam operasi rangkaian pengecasan, dalam masa yang sama, banyak operator titik pengecasan (CPO) bersaing merebut bahagian pasaran. Tesla nampaknya lebih mengutamakan sokongan kepada pelanggan mereka sebelum membuka rangkaian pengecasan kepada pengguna lain.

Eksklusiviti Jadi Strategi Pemasaran?

image-(34).jpg

Eksklusiviti rangkaian pengecasan Tesla juga berfungsi sebagai tarikan bagi pembeli kenderaan Tesla. Walau bagaimanapun, Tesla diwajibkan untuk membuka 30% daripada pengecasnya kepada jenama lain menjelang akhir 2025, bersamaan 15 unit daripada 50 unit yang telah disediakan.


Tag:

Tesla China
Tesla Supercharger
Tesla V4 Supercharger
Tesla
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
EV

02-10-2023

Berita Terkini

EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026