- Berita
- Berita Auto
- Bahaya Berhenti Di Bahu Lebuh Raya

Mangsa yang merupakan seorang wanita mahu di lokasi kejadian.
Gara-gara kereta rosak, seorang wanita bertindak keluar dari kenderaan dan berhenti di bahu lebuh raya namun malangnya, dia dirempuh sebuah lori kontena.
Rempuhan itu menyebabkan dia terkorban di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada awal pagi ini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dan dua individu lain berhenti di bahu jalan kerana rosak.

Keadaan kereta mangsa.
Tidak lama kemudian, sebuah lori kontena tanpa muatan telah melanggar mangsa yang berada di sisi kereta tersebut.
Bagaimanapun, dua individu lain terselamat dariapda rempuhan berkenaan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/