Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Jangan Beli Kad NFC Selain Melalui Saluran Rasmi." – Amaran Touch 'n Go

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini Touch ‘n Go telah mengeluarkan kenyataan di media sosial yang mengingatkan orang ramai untuk membuat pembelian kad NFC hanya melalui saluran rasmi. Pengumuman ini dibuat selepas kes penipuan pembelian kad NFC TnG yang menyebabkan seorang lelaki kerugian sekitar RM23,500.


Pihak Touch ‘n Go menekankan bahawa kad tersebut hanya ditawarkan melalui aplikasi eWallet TNG, pusat servis TNG di Bangsar South dan NuSentral, serta stesen petrol yang tertentu (klik untuk lihat senarai penuh stesen yang menjual kad ini).


 


Sebelum ini, kad tersebut pernah dijual secara maya di Lazada rasmi syarikat, namun kini hanya kit pasang sendiri RFID yang dijual di platform tersebut. Pihaknya turut mengingatkan pengguna agar tidak menjalankan urus niaga melalui WhatsApp, Telegram, media sosial atau pelbagai lagi saluran lain. Orang ramai haruslah mengabaikan iklan, penjual atau mana-mana platform yang menjual secara haram selain mengambil tindakan melaporkan perkara ini kepada syarikat.




Kad TnG ini menjadi tumpuan scalper yang ingin mengambil kesempatan ekoran stoknya yang terhad. Isu kekurangan stok ini terjadi kerana masalah bekalan cip semikonduktor dan juga pandemik Covid-19. Hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan, Shopee dan Lazada dibanjiri dengan kad NFC yang dijual pada harga tidak masuk akal sehingga mencecah RM100! Sedangkan harga jualannya yang sebenar hanyalah RM10, dengan tambahan RM5 untuk penghantaran sekiranya dibeli melalui aplikasi eWallet. 







Tag:

TnG
Touch 'n Go (TNG)
TnG NFC Cards
Touch 'n Go eWallet
kad NFC TnG
scalper
penipuan jualan kad NFC TnG
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L

Orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi, ini caranya...

26-09-2025
Teknologi
Berita Auto

Bayar Parkir Dengan TnG & Berpeluang Menang PS5!

Guna Touch 'n Go eWallet & boleh menang PS5. Kini, semakin banyak lokasi parkir menyokong sistem pembayaran ini!

06-07-2023
Berita Auto

Pelan Tindakan TnG Tangani Isu Perkhidmatan Tidak Memuaskan KPDN

Pelan tindakan untuk penambahbaikan segera yang dikemukakan TnG masih tidak jelas.

10-02-2023
Berita Auto

Pengguna Bertuah RFID Menang 5.6 Juta Mata Ganjaran, Pin Tambah Nilai TnG RM14K!

Sempena kempen ‘Hari-Hari RFID’ anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sejumlah pengguna RFID menerima ganjaran.

29-07-2022
Berita Auto

Ada Berita Baik, JPJ Sedia Transaksi e-Dompet Di Semua Kaunter Di Seluruh Negara

JPJ kini menyediakan transaksi menggunakan e-dompet untuk semua urus niaga di kaunter JPJ seluruh negara.

28-08-2025
Berita Auto

Anda Kini Boleh Isi Minyak, Bayar Terus Guna TNG eWallet, Kini Tersedia Di Lebih 1,000 Stesen Minyak Petronas

Ciri baharu ini boleh diakses melalui program mini ‘PETRONAS via Setel’ yang tersedia dalam aplikasi TNG eWallet.

23-06-2025
Berita Auto

JPJ, TNG Bekerjasama, Mudahkan Orang Singapura Mohon RFID VEP

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalinkan kerjasama dengan Touch ‘n Go (TNG) bagi memudahkan permohonan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

23-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026