Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Touch ‘n Go eWallet Kini Boleh Digunakan Di 13 Negara –Termasuk Indonesia, Korea, Thailand

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Touch-n-Go-Pembayaran-Rentas-Sempadan-.jpeg

Penggunaan Touch 'n Go eWallet kini lebih meluas selepas perkhidmatan pembayaran rentas sempadan dilancarkan.


Jutaan pengguna Touch 'n Go eWallet kini boleh melancong dan membeli-belah di destinasi terkenal seperti Jepun, Singapura, Thailand, Korea Selatan, dan Indonesia dengan lebih mudah melalui pembayaran di hujung jari. 


Orang ramai dapat mengakses jutaan titik jual pedagang di pelbagai negara hasil integrasi dengan pembayaran QR rentas sempadan dan kerjasama Alipay+ milik Ant Group.


Salah satunya ialah penerimaan rangkaian QRIS yang digunakan di Indonesia, membolehkan pengguna membayar dengan mudah di lebih daripada 25 juta titik jual pedagang.


Touch-n-Go-Pembayaran-Rentas-Sempadan-1.jpeg



Sebelum membuat pembayaran, pengguna boleh melakukan transaksi dengan mudah dalam mata wang tempatan negara berkenaan, dengan kadar pertukaran mata wang asing dipaparkan secara langsung di dalam eWallet. Pembayaran akan ditolak daripada baki eWallet atau GO+, sama seperti di Malaysia. 


Pengguna Touch 'n Go eWallet dapat membuat pembayaran mudah melalui rangkaian pedagang Alipay+ di China, Jepun, Korea Selatan, dan Singapura sejak integrasinya dengan Alipay+ pada tahun 2022.


Sekiranya ingin menggunakan eWallet semasa melancong, pengguna perlu mencari logo-logo berikut:


Touch-n-Go-Pembayaran-Rentas-Sempadan-3.jpeg



DUA CARA MEMBUAT PEMBAYARAN


CARA PERTAMA: Pedagang mengimbas Touch 'n Go eWallet pengguna menggunakan fungsi 'Bayar'/'Pay':


Langkah 1: Buka Touch 'n Go eWallet


Langkah 2: Pilih ikon 'Bayar'/ ‘Pay’ dan ikut arahan untuk ‘Leret ke atas untuk bayar di luar negara dengan Alipay+’/ 'Swipe up to pay abroad via Alipay+' 


Langkah 3: Pilih negara untuk melakukan pembayaran mudah alih dan lihat kadar pertukaran mata wang asing


Langkah 4: Paparkan kod QR kepada pedagang


Langkah 5: Pedagang mengimbas kod QR pengguna


Langkah 6: Pembayaran selesai


Touch-n-Go-Pembayaran-Rentas-Sempadan-2.jpeg


CARA KEDUA: Pengguna mengimbas kod QR pedagang menggunakan fungsi 'Imbas'/'Scan':


Langkah 1: Buka Touch 'n Go eWallet


Langkah 2: Pilih ikon 'Imbas'/’Scan’ dan imbas kod QR pedagang


Langkah 3: Masukkan jumlah pembayaran


Langkah 4: ‘Sahkamn dan bayar’ / ‘Agreen and Pay’


Langkah 5: Pembayaran selesai


Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd., Alan Ni  berkata, "Teknologi memberi kita peluang untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna kami semasa melancong, terutamanya semasa membawa wang kertas. Saya yakin bahawa pengguna kami akan menghargai kemudahan dan ketenangan jiwa ketika melakukan transaksi dengan eWallet kami semasa perjalanan mereka.”


Negara-negara lain termasuk Filipina, Australia juga bakal menyertai  rangkaian pembayaran ini di masa depan.

Tag:

TnG
Touch n Go
Rentas Sempadan
pembayaran digital
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-10-2023
Teknologi

11-07-2023
Teknologi

13-06-2023
Berita Auto

21-03-2023
Berita Auto

15-03-2023
Berita Auto

07-03-2023
Berita Auto

17-02-2023
Berita Auto

10-02-2023

Berita Terkini

Teknologi
Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi
Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025